17.11.09

Bloodties II

Chapter 2.

Nouh menulis laporan hariannya sambil melayan lagu-lagu dalam iPOD Shuffle berwarna peraknya. Malam ini dia sibuk lagi dengan kerja yang tak pernah habis itu. “Haih, agak-agak la pakcik Thariq ni. Bagi kerja punyalah banyak. Aku tahulah aku ni setiausaha dia. Dia tu Ketua Pelajar. Aku pun ada kerja rumah jugak. Adui. Dengan kertas kerja lagi. Ingat aku apa? Dahla PMR berapa bulan saja lagi.” Nouh menyuarakan ketidakpuasannya hanya di dalam hati. Takut juga kalau-kalau mengganggu ayahandanya, Encik Faruq yang tertidur di ruang tamu. Puan Nisa dah tidur dalam biliknya. Teringat perbualannya dengan Encik Farouq sebentar tadi.

“Nouh, kamu kenal Nour tak?” Encik Faruq memulakan perbualan dengan satu-satunya anak angkatnya. Anak angkat kesayangannya lebih-lebih lagi. Mukanya masih belum ditolehkan dari menonton television, siaran Discovery Channel.

“Nur? Ramai kenalan Nouh nama Nur ayah. Kenapa dengan Nur tu ayah?” Nouh menoleh ke arah Encik Faruq sambil mengunyah roti Gardenia bersalut mentega kacang.

“Nour. N. O. U. R. Kenal tak?” Encik Faruq menoleh kea rah Nouh.

“Oh. Nour tu.. Kenal la jugak. Kenapa dengan dia?”

“Hah. Baguslah kalau macam tu. Kamu dah kenal, lagi mudah.”

“Mudah? Mudah.my ke? Kenapa mudah pulak ni? Ish. Buat saspensiot betullah ayah ni.”

“Alah. Kamu ni. Ayah nak buat dramatik sikit pun tak boleh? Mudah.my pulak. Dia yang merepek sampai ke Itali boleh pulak.”

“Hehehe. Sikit-sikit bolehlah. Siapa yang ajar kan..”

“Kamu ni, lagi dilayan lagi merepek jauhnya. Begini, semalam kamu baru masuk 15 tahun kan?”

“Yalah. Memang betul pun. Walaupun kita tak pernah sambut, tapi Nouh ingat jugak tarikh lahir masihi Nouh. Kenapa?” Nouh menjawab kehairanan.

“Hm. Baguslah kalau masih ingat. Begini, baba kamu dulu pernah mewasiatkan sesuatu. Ada sesuatu yang perlu ayah beritahu sebaik saja kamu sampai umur 15.

“Oh? Apa tu?” Nouh memang sudah mengetahui babanya sudah lama meninggal dunia. Sejak hari pertama dia melihat dunia. Ibunya juga. Dah pelbagai wasiat yang diberikan. Setiap kali sampai hari ulang tahun kelahirannya yang tertentu, pasti ada wasiatnya. Bagaikan babanya itu mampu membaca masa depannya. Dan wasiat itu tak pernah dikhianati penjaganya buat masa sekarang, Encik Faruq. Yang dianggapnya bagai ayah kandungnya sendiri.

“Kamu ada saudara lain. Adik kamu secara tepatnya.”

“Adik? Hm. Oke. Satu lagi kejutan. Maknanya ayah nak bagitau yang Nouh ada adik? Apa sangkut pautnya Nour dengan adik Nouh?”

“Nour tu adik Nouh."

“Adik? Tapi umur kami sama?”

“Betul. Kamu adik beradik kembar.”

“Kembar?”

Dialog demi dialog diutarakan kepada ayahnya. “Aduh. Memang betul-betul birthday surprise. Setiap kali sampai part wasiat baba, mesti kejutan ni bagaikan mengejutkan setiap zarah tubuh.” Lagu Mardy Bum oleh Arctic Monkeys bermain dengan kuat di telinganya. Nouh memang begini ketika membuat tugasan hariannya. Suka membuka tahap volume fon telinganya ke tahap maksima.

Esok.

3 comments:

the writers said...

chapter sume pendek2 :(

- Q

ainaa.leogirl said...

ouhh..........
besh2..........
kekadang confius ngan name...........
nour n nouh........
netx entry???
;]

M. Faiz Syahmi said...

Q, x puas baca ke?
XD
sebab I think nak letak kat blog,
kalo buat panjang sgt susah pulak nak baca.

Ainaa,
nasib baik lelaki ngan perempuan.
kalau sama² lelaki,
lagi konfius nanti. XP