19.12.10

Bloodties XVII.

Chapter 17

3 minggu sebelum kejadian.

Mereka duduk menonton televisyen bersama. Wayang. Harry Potter and the Half-Blood Prince. Skrin Sony Bravia menunjukkan plot di mana Harry Potter berebut buku teks Potion dengan Ronald Weasly. Sambil mengunyah-ngunyah bertih jagung, mata tidak teralih dari skrin besar itu. Hujung minggu itu, mereka ingin merehatkan minda sebentar. Melupakan kepenatan di sekolah. Belajar. Mengurus tanggungjawab kerana jawatan. Dengan kes entah apa-apa lagi.

“Bodoh betul.” Aman memecahkan kesunyian dengan komen negatif sambil mengambil gelas air berisi oren sejuk.

“Haa.? Apsal.?” Nouh menjawab. Tangan menyeluk mangkuk penuh dengan bertih jagung.

“Takkan cikgu tu tak tahu yang Harry ni guna skill Snape?” sambil menghirup air, sambil menjawab pertanyaan Nouh dengan soalan lagi.

“Laa. Mana dia tahu tu buku Snape lagi. Kau ngan aku je yang tahu nih. Tu pun sebab kita tengok cerita ni dah banyak kali.” Nouh menjawab selamba. Kruk Kruk bunyi mulut mengunyah bertih jagung.

“Aku tak faham betul apa yang best sangat cerita ni sampai kau nak tengok ulang-ulang kali. Nak kata tak baca buku dia, ko baca.” Selesai tiga teguk, Aman meletakkan kembali gelas ke meja.

“Haih. Faham-faham sendiri sudah. Aku pun tak larat nak terangkan segala. You know what? Try find that answers in WikiLeaks.” Selamba Nouh menjawab. Malas melayan karenah Aman yang tiba-tiba menjengkelkan.

“Haha. Touching la pulak mamat sorang ni.. Sensitif sangat aku sentuh bab negatif cerita khayalan kau nih.” Bergetar badan Aman menahan gelak.

“Huh. Layan jela. Banyak songeh lak.” Mata Nouh masih tak berkedip dari skrin.

“Mana ko dapat Bravia ni.? Aku pun nak satu gak lah.” Aman cuba mengalihkan tumpuan Nouh. Saja menganggu konsentrasi konfrontasi Nouh yang leka dengan watak rekaan J.K. Rowling itu.

“Aku kutip tepi jalan. Ritu ada DBKL lupa kutip.” Nouh masih mendengar soalan walaupan mata tidak langsung lari dari tertancap depan skrin.

“Oh.. hebat kau ye.? Tak rosak lak kena hujan panas Bravia nih. Ke ko yang repair sendiri?” Aman dah sengih kerang busuk melihat Nouh.

“Ha-ah. Aku guna spell Episky je.” Nouh menjawab sambil tangan menggayakan gaya tangan seorang yang memegang tongkat sakti menunjuk ke arah televisyen.

“Haa.? Mende?” Aman terus mengadap Nouh. Kurang pasti dengan perkataan yang disebut Nouh.

“Episky. E.P.I.S.K.Y. Spell untuk merawat penyembuhan sendi-sendi, urat-urat, muggle.” Nouh memandang enteng dengan pertanyaan Aman.

“Ko panggil aku muggle? Kuang hajo..!” Aman menuding jari tepat di pipi bersih Nouh.

“Yeah. You’re a muggle that know nothing about magic world.” Selamba Nouh membalas. Sarkastik.

“Ceh. Kau tu yang magic-freak.” Aman kembali duduk mengadap televisyen.

“Whateva bro.” Nouh pula mengambil gelas. Meneguk sedikit air.

“Oh. Adik kau tak cakap apa-apa?” Aman memulakan bicara mengenai Nour.

“A’a jugak kan. Aku pun lupa. Jap nak mesej.” Nouh mengambil SE 910i di atas meja. Mula menaip sesuatu. Harry Potter tengah bertengkar dengan Slughorn sudah tidak dipedulikan.

“Salam. Btpa?” dihantar mesej ringkas. Bertanyakan keadaan di sana.

***

Bzzzt..! Bunyi telefon bimbit bergetar di atas meja. Dia malas mempedulikan bunyi itu. Dia tengah sibuk berdandan. Memilih baju untuk dipakai ke pasaraya. Sambil berhadapan dengan cermin, dia bersiul riang. Kedengaran not-not lagu itu bagai lagu Doraemon.

“Nour, dah siap ke belum? Lambatnya bersiap. Macam mak nenek.” Encik Haiqal bersuara di sebalik pintu. Kelihatan kepalanya terjengul masuk.

“Ahh.! Jangan.! Tak siap lagi.!” Nour pantas menutup pintu. Tanda dia masih terdedah-dedah.

“Haa. Cepat sikit. Mama dah tunggu tu.” Encik Haiqal bersuara pula dari sebelah luar. Perlahan kedengaran bunyi tangga dipijak. Tanda Encik Haiqal turun ke bawah.

“Haih. Pakai ni jela.” Terus diambil jeans longgar dengan blaus. Ingin kasual di waktu tengahari begitu. Telefon bimbit dicapai. Purse dicapai. Dimasukkan ke dalam beg tangan. Dia menutup pintu selepas memastikan kesemua peralatan elektrik ditutup. Mengelak pembaziran.

***

“ws. x btpa. Bru nk fllw pp g mall.” Mesej Nouh dibalas ringkas.
Bzzt.
“eh? Smpt lg? mvi ae?” Nouh membalas.
“xtau. Mb. Lma xtgk mvi lgpn.”
Bzzt.
“nk ikot. :P”
“txt pp. dy bg lehla. :D”
Bzzt.
“haha. Jkg. Tgh lyn HP6.”
“eh. Awk sk gk?”
Bzzt.
“blh la skit2. dh xde mud tgk. Amn asyk kco.”
“pdn la korg. Sma je nklnya.”
Bzzt.
“ne ada. Eh? Sjk bla kt rpt ni?”
“sjk kt dknl ngn pp kot?”
Bzzt.
“bkn sllu gdoh ke kt?”
“yeke? Mb. lol”
Bzzt.
“lol. mall mne?”
“midv je.”
Bzzt.
“Jauh. >:6”
“Skati la.”
Bzzt.
“xde ayt len?”
“skati la.”
Bzzt.
“dh smpi blm?”
“dah. txt u l8tr.”
Bzzt.
“k. slm.”

*Terjemahan Khidmat Pesanan Ringkas Nour dan Nouh*

Nour : Waalaikumussalam. Tak buat apa. Baru nak follow papa gi mall.
Nouh : Eh? Sempat lagi? Movie ae?
Nour : Taktau. Maybe. Lama tak tengok movie lagipun.
Nouh : Nak ikut. :P
Nour : Text papa. Dia bagi bolehla. :D
Nouh : Haha. Joking. Tengah layan Harry Potter 6.
Nour : Eh. Awak suka gak?
Nouh : Boleh la sikit-sikit. Dah takde mood tengok. Aman asyik kaco.
Nour : Padan la korang. Sama je nakalnya.
Nouh : Mana ada. Eh? Sejak bila kita rapat ni?
Nour : Sejak kita dikenal ngan papa kot?
Nouh : Bukan selalu gaduh ke kita?
Nour : Yeke? Maybe. LOL
Nouh : LOL Mall mana?
Nour : Mid Valley je.
Nouh : Jauh. >:6
Nour : Sukati la.
Nouh : Takde ayat lain?
Nour : Sukati la.
Nouh : Dah sampai belum?
Nour : Dah. Text you later.
Nouh : Oke. Salam.

5 comments:

syAzAnA said...

haha. dah2. simple jek. but, klakar lah gak, hehe

.mady. said...

haah.. simple2.. aku baca cepat je hbes.. hahaha..

cpt continueee, ;)

AtieAbid said...

nak terbuntang mata baca msg mcm tu..hhaha

M. Faiz Syahmi said...

syazana;
kelakar.?
kat mana tu.? :P

mady bum;
hahahah. okeh2. will. :)

atieabid;
keh3. i know it. :D

EK said...

rasa macam nak lempang diri sendiri baca short form macam tu punya rupa. then baru nampak kat bawahnya ada long form nya.

*flips table*