17.11.09

Bloodties 0

Prologue

MUHAMMAD HAZRIEQ NOUH

Gambaran itu muncul lagi. Tak disangka, berturut-turut selama dua minggu. Mimpi yang sama, setiap Isnin dan Jumaat. Nouh menggaru kepala yang tidak gatal. Dilihat jam loceng di penjuru kepala katilnya. 3 pagi. “Masa yang sama aku terjaga. Apa semua ni?” Hatinya bermonolog kehairanan. Gambaran lukisan merah itu dilihat diwarnakan dengan darah. Dikelilingi sebilangan lelaki dan perempuan yang berdiri tanpa seurat benang.

“Upacara apa itu? Ya Allah, apa yang Kau mahu tunjukkan pada aku? Dah 4 kali berturut, mimpi yang sama. Hari ini Jumaat. Tolonglah jangan mimpi yang sama lagi Isnin ni.” Sekali lagi dia berdoa dalam hati. Seperti malam-malam sebelumnya. Nouh meraup mukanya yang lembab berpeluh. Walaupun dengan penghawa dingin, biliknya yang berwarna biru kehijauan itu tetap tidak menyejukkannya.

Dia bingkas bangun, berjalan ke bilik air berwudhu. Usai mengambil wudhu, dia menghampar sejadah lantas mengangkat takbiratul ihram untuk solat Tahajud dua rakaat. Kemudian dia tenggelam dalam dunianya bersama Ilahi.

************

NOUR FARIQATUZZAHRA

Kepala ini sakit lagi. Sudah empat kali. Sejak Encik Haiqal membawa Nour berjumpa dengan kembarnya yang telah lama terpisah, dia selalu mendapat sakit ini. Taklah selalu, tetapi boleh tahan juga jumlahnya. Muhammad Hazrieq Nouh. Nama itu diingat kembali. Hm. Ejaan nama saja hampir serupa. Ramai cikgu yang mengatakan nama itu pelik. Apa salahnya?

Lain dari yang lain. Aku Nour. Dia Nouh. Hanya R dan H saja yang membezakan nama kami. Sikit saja perbezaan. Apa yang pelik? Lagipun aku kenal mata itu. Seperti mata aku. Sebelah kanan mata berwarna coklat kehitaman, sebelah kiri pula berwarna coklat keemasan. Lain bukan? Persamaan itu membuktikan kami kembar. Setiap Isnin dan Jumaat, 3 pagi.

Sakit itu bagai tak pernah lari dari menjalankan tugasnya menyakitkan kepala aku. Bukan migrain, tetapi sakit. Bagaikan ada satu sambungan yang tidak tersambung. Mungkin juga. Aku tak pernah lagi tidur pada waktu-waktu begini. Ada saja kerja rumah yang perlu disiapkan. Cikgu ni pun satu. Cuti-cuti ni bagi la pelajar rehat sedikit. Tahulah nak bagi semua pelajarnya cemerlang. Tapi ini mendera. Bukannya mengajar. Nour meneruskan penulisannya dengan keluhan yang berat.

4 comments:

The Writers said...

this is utterly awesome,
cool.

nama tu tergeliat lidah nak sebut,
but still..
i like it

:]

nak baca next entry!

M. Faiz Syahmi said...

Terima kasih.

Banyak lagi yang perlu dibaiki sebenarnya. Tulisan pertamalah katakan.. -.-"

Nama tu sebenarnya reserved untuk my children. Tapi takpelah. Nanti pikir lain. XP

Next Entry.. Siap!

The Writers said...

nice. tapi part mimpi tu mcm ada persamaan dgn my story je? maaf lah ye. cuma terperasan sikit.

oleh N.

M. Faiz Syahmi said...

Ouh.
Alemak.
Tak sedar la pulak.
Baru teringat,
sama macam Dandelion.
-.-"

I'm so sorry.