4.10.11

Bloodties XXI.

Chapter 21

Suasana dalam bilik itu redup dan sunyi. Tempat itu memng sedikit pun tidak ubah seperti bilik yang ditinggalkan bertahun-tahun lamanya. Aey memandang ke sekeliling bilik itu, merenung kosong. Bilik itu merupakan biliknya dahulu, sebelum dia dipindahkan ke rumah neneknya. Sebelum dia duduk menyewa sendirian di Apartmen Melati.

Dia pergi ke satu sudut di bilik itu, mencangkung dan mengopek satu kepingan papan dari lantai parquet berwarna hijau muda. Lagu Malique – Terbaik Dari Ladang berdentum-dentum kedengaran dari plug sony di telinganya. Lubang rahsia sebesar satu kaki persegi kelihatan.
Aey menggagau tangannya ke dalam lubang itu. Tangannya tenggelam sehingga ke paras siku. Sebuah kotak kecil sebesar tapak tangan dikeluarkan. Aey menyapu-nyapu habuk pada kotak besi itu, menonjolkan gambar yang jelas tercetak di atas penutupnya. Tiada apa yang istimewa, hanyalah kotak coklat berjenama Rochelle.

Dia membuka kotak itu, memerhati apa sahaja objek di dalamnya. Lama dia termenung sebelum dia menutup kotak itu kembali, dan memasukkan kotak besi itu ke dalam lubang itu semula. Kepingan papan tadi diletakkan betul-betul di atas lubang tadi, menutupnya mengembalikan ia seperti sediakala.

Selepas berlegar-legar di ruangan biliknya, Aey membuat keputusan untuk keluar dari situ, meninggalkan rumah lama itu biar berhabuk macam biasa.


***


“Tak jadi!” Aey membentak kuat membuatkan bilik kosong tempat mereka berkumpul selalunya itu bagaikan bergegar dek petir berdentum di luar. 26 rakannya yang lain hanya diam seribu bahasa. Mereka baru sahaja melaporkan yang pelan mereka untuk mengganggu ketenteraman hidup para guru di sekolah tidak dapat dilakukan. Membuatkan Aey harus memikirkan pelan yang baru pula.

“Cakap lagi sekali kenapa tak jadi? Buat penat betul kita pelan semua ni, dan aku rasa kita tak akan langsung ada apa-apa masalah untuk buat ia jadi realiti!” Aey sekali lagi menguatkan suaranya, memandang berang ke muka-muka yang memandangnya.

“Ada yang dapat tahu,” kedengaran suara gadis berjaket biru menjawab. Vee lantas mendapat perhatian dan kesemua yang berada di situ memerhatikannya, khusyuk. Ingin mendengar penjelasan yang selanjutnya.

“Kita bukan sengaja nak batalkan segala pelan kita, tapi setiap kali nak jalankan pelan itu, ada yang tak kena. Contohnya macam pelan kita nak rakam projek cikgu dengan budak perempuan sundal hari tu.”

“Ya, betul! Aku yang uruskan pasal tu.” Yuu menyambung. Dia duduk di sebelah Vee, sambil menghembuskan asap rokok. “Setiap kali orang yang kita upah tu dah bersedia, mangsa kita tu buat kerja lain.”

“Kerja lain? Kerja apa?” Aey kembali duduk di tempatnya.

“Dia betul-betul mengajar budak tu,” sambung Yuu. Aey senyap. Suasana sunyi seketika. Hanya kedengaran sayup-sayup lagu We Don’t Speak No Americano di luar bilik itu.

“Bodoh! Siapa yang ganggu kerja kita ni?” Bee menyampuk, mengisi kesunyian. Dia menghempaskan punggungnya. Sambil menyerkup mukanya dengan telapak tangannya. “Habislah macam ni!” bentaknya lagi.