20.1.11

Bloodties XVIII.

Chapter 18

Suasana di MPH sunyi. Dia memerhati rakyat Malaysia yang lain. Yang sibuk meneliti cuba menelaah isi buku yang dibelek. Dia senyum sendirian. Bagi penggila kertas tulisan macam dia, memang akan serius meneliti kerana takut terbazir pula membeli karangan yang langsung merugikan belasan puluhan ringgit. Bakul yang dibawa baru diisi dengan dua buah buku. Had diberi papa 10.

“Haih, apa lagi nak diambil ni ya.?” Monolog Nour sendirian.

Mama dan Papa dilihat ketawa di sudut Book Café. Entah apa yang dibualkan yang lucu sangat tu tak tahulah. Dia kembali membelek buku-buku di bahagian Novel Remaja. Jazz yang memenuhi ruang legar MPH tidak dipedulikan. Tunas, karya Hlovate dibelek-belek. Dibaca sinopsis di belakang buku.

“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.“Tulip ada?”
“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”

A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”

“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya. Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
.
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.


“Eh? Sambungan aA+bB? Apsal aku taktau ni.? Harus beli..!” Tunas dimasukkan ke dalam bakul. Nour bergerak pula ke susun atur buku-buku Ramlee Awang Murshid. Hatiku di Harajuku dilihat. Senyum. Keganasan Ryu Watanabe dah terbayang dalam kepala. Kecantikan Noriko menarik jiwa. Amikie.. Jiro.. Berterbangan dalam minda Nour. Dia sangat mengagumi gaya penulis buku ini. Berjaya menggarap tulisan sehingga dapat membuat hati berdebar, saspens dan menilai sudut kehidupan seorang pesakit depression dari sudut berbeza.

Lagenda Laksamana Sunan juga diperhatikan. Khatam sudah keempat-empat kisah hidup Saifuddin. Sangat kagum dengan semangat jiwa pendekar melayu. Tidak kisah walau ia bayangan penulis sekalipun, sangat lekat di jiwanya. Terasa terjatuh cinta pula dekat Saifuddin. Gadis mana tak akan, kan.? Ada lagikah lelaki berperwatakan macam Sunan? Hidup penuh khusyuk pada Ilahi, tawadhu’ menjalankan perintah-NYA, berusaha menterbalikkan kejahatan, berusaha menarik manusia ke jalan lurus. Mana lagi nak dicari? Rata-rata dunia ni penuh dengan lelaki penuh hawa nafsu.

Kalau dada terbonjol sikit, mulalah mata penuh nafsu melihat bagai nak menelan. Kalau ramah sedikit, mulalah perasan kita nakkan dia. Kalau senyum sikit, kata kita nak mengurat. Terpaksalah dia menjaga tingkah laku sebaik mungkin seawal umur ini. Takut juga bila terfikir tentang kejadian tidak diingini berlaku sekitar zaman ini. Rogol merata-rata, buang anak merata-rata, sampai nak bercium pun merata-rata. Kehidupan penuh noda, penuh dosa. Manusia. Bila nak berubah? Seram sejuk difikirkan.

Tertancap mata sebentar terlihat kelibat seorang lelaki. Kemas berpakaian pejabat. Kemeja berwarna ungu gelap berseluar hitam. Wajah ala-ala Taecyeon. “Kacak.” Nour tersengih sendirian. Dia tertunduk malu apabila lelaki itu mengalih pandangan padanya, lalu senyum. Seolah terdengar isi hatinya. Seelok lelaki itu berlalu pergi meninggalkan kelibat dan bau Burberry the Beat, Nour tergelak kecil. Pipi kemerahan.

“Hiiiii..~ Malunya.!” Penumbuk dikepal, tanda kegeraman pada diri. Malu dilontar tepi, misi pencarian diteruskan. Buku baru berjumlah tiga dalam bakul. Diperhatikan Bumi Cinta, karya Habiburrahman AlShirazy. Tebal. 546 muka. Muhammad Ayyas mengembara di bumi penuh seks bebas dan pornografi. “Quite interesting.” Dimasukkan buku ke dalam bakul. Bertambah lagi beratnya. Empat.

Sasaran mungkin lima novel melayu, tiga novel inggeris dan dua penulisan filosofi. Encik Haiqal datang bersama Puan Diana. “Belum habis pilih lagi? Banyak sangat ke tawaran sepuluh ni?” Encik Haiqal bertanya pada Nour.

“Tak, cukup, cukup. Biasalah. Perlukan pengamatan sikit. Mana boleh suka-suka pilih. Nanti cacat Wall of Fame tu.” Kata Nour sambil membayangkan perpustakaan mini miliknya di rumah.

“Oh, kalau macam tu papa pergi atas dulu, ya? Mama kamu nih, nak sangat tengok butik kesukaan dia tu.” Encik Haiqal memberikan masa lebihan untuk Nour memilih bahan bacaan.

“Baiklah papa. Mama, pilih lama-lama sikit tahu?” Sambil mengangkat jari telunjuk, menggoyangkan jari runcing itu, Nour mengenyitkan matanya pada Puan Diana. Encik Haiqal dan Puan Diana hanya tersengih-sengih, berpelukan dan berlalu dari situ.

***

“Kau siap-siap nak pergi mana?” Aman bertanya pada Nouh yang dah menyembur pewangi CK Be di leher dan dadanya.

“Keluar jap. Jom lah.” Nouh menjawab sambil menyarungkan kemeja putih berbelang pelangi halus menegak.

“Yela nak keluar, gi mana? Soalan punya senang susah ke nak jawab? Haih.” Mata Aman masih tak berkalih dari Nouh yang macam kera kena belacan bersiap. Kalut.

“Hahah. Rilekslah. Jommm laaaaa….” Nouh dah menolak Aman bangun dari sofa empuk.

“Hish. Mana pergi hari cuti aku ni? Lepak pun tak senang.” Aman dah merengus. Merepek sendiri.

“Hahaha. Jom laa. Kita lepak tempat lain pulak.. Asyik tengok FOX je, letih otak aku tau tak?” Jam tangan dipakai.

“Okkay. So? Mana?” Aman dah siap sedia untuk keluar.

“BSL.” Nouh menulis mesej kepada ibunya, Puan Nisa.

“BSL? Mana tu?”

“Balai Seni Lukislah.” Kunci kereta diambil di bekas kunci-kunci.

“Okay.” Aman sudah di foyer.

***

Balai Seni Lukis Negara, Titiwangsa.

“Ni kau ada janji dengan siapa-siapa ke ni?” Aman bertanya lagi. Tak habis-habis dengan soalan yang sama, sepanjang perjalanan ke situ.

“Mana ada laahhh.. Hish kau ni. Soalan tu tak habis-habis lagi?”

“Mestilah. Duduk tak duduk tetiba nak pergi sini ni, pelik kau tahu?”

“Haha. Nak kata ada janji tu.. Boleh kata jugak. Tapi tak ada siapa tunggu aku pun kat sini.”

“Dah tu?”

“Aku lupa, harini hari pameran akhir Bakat Muda Sezaman.”

“Oh.. Pasal ni la..”

“Yela. Pasal ni la. Pasal apa lagi? Heheh.”

“Oke. So apa yang best kat sini ni?”

“Choiih. Mana la aku tau lagi. Jom la tengok sama-sama, apa yang best. Dengar kata banyak tema pasal sarkastik.”

“Dengar kata? Dengar kata siapa?”

“Ada lah. Hahaha.”

Kau ni saja je kan? Ngan aku pun nak berahsia?”

“Mestilah. Aku berahsia pun kau tahu sendiri gak nanti. Kan?”

“Itu dah semestinya.” Aman sengih dipuji. Mereka masuk ke balai seusai menulis nama dalam buku tetamu. Kelihatan banyak karya “Haiyah it’s not mine lah.!” Kotak rokok pelbagai jenama disusun-susun, dilekat di dinding dan tiang. Putih, kosong sekali balai itu hari ini. Tidak ramai pun manusia sekeliling. Yang ada hanyalah kelibat staf-staf, jaga-jaga, dan sedikit bilangan pelancong luar negara.

Mereka berdua berjalan melalui lereng yang berputar hingga ke tingkat tiga balai itu. Mengguna kaedah platform flooring sytem, mampu meletakkan lerengan hingga ke atas di tengah. Satu ciptaan hebat oleh Dato’ Mir Shariman Mir Saharuddin.

Suasana kesunyian penuh makna itu menenggelamkan Nouh ke dalam dunianya sendiri.

***

Usai membeli buku-buku di MPH, Nour bergerak ke butik Voir, di mana papa dan mamanya berada. Sambil kedua tangan penuh dengan keberatan buku-bukunya, dia tersenyum puas mengorak langkah. Baru buku. Dia dah terbayang baju apa hendak dibeli. Lagi luas senyumnya. Orang ramai lalu lalang pelik melihat Nour, senyum sendirian. Apa dia peduli kata-kata orang? Janji dia bahagia akhir minggu itu. Cuti, haruslah melepaskan letih di dada. Senyum lagi.

Kelihatan dua pasangan merpati berusia ketawa-ketawa sambil bertepuk tampar dari luar butik Voir. Nour hanya tunggu saja di luar, tersengih-sengih melihat kebahagiaan dua orang tua angkatnya itu. Bukan siapa-siapa, pakcik dan makciknya juga. Anak-anak mereka semua bekerja di luar negara. Hanya tinggal dia saja yang paling muda, itu pun yang diangkat. Walaupun dia bukan turun betul dari darah mereka, hubungan darah itu tetap ada. Kasih sayang tetap dirasa. Itulah apa yang buat dia bahagia. Sekarang.

Encik Haiqal perasan mata di luar memandang. Dilambai tangan, diajak masuk ke dalam. Nour berjalan masuk ke dalam.

“Papa kamu ni, ada ke patut?” Puan Diana lantas bersuara melihat Nour di sebelahnya.

“Haa? Patut apa mama?” Nour macam dah tahu dialog apa hendak terkeluar dari mulut mamanya.

“Tak laa.. Ada ke patut dia suruh mama beli baju ni, pakai malam-malam?” Sambil ditunjuk blouse putih yang terdedah di ketiak dan pangkal dada, terdedah di belakang terus ke bawah pinggul.

“Eh, betul la tu.. Baru shekshis.” Encik Haiqal dah senyum gedik.

“Hahaha. Entah la mama.. Rasa macam okey jugak mama pakai malam-malam macam ni.. Baru papa ada hiburan malam sikit.. Tak la keluar malam-malam minum kopi melepak dengan kawan-kawan..”

“Hmm.. Banyak la kamu ni.. Malam-malam sejuk okey..” Puan Diana masih ragu-ragu dengan blouse putih berkain satin itu.

“Ala.. Kalau sejuk, ada tangan yang boleh panaskan..” Encik Haiqal dah berbisik di telinga Puan Diana yang terselindung di balik tudung itu. Muka Puan Diana dah merah-merah. Ekor mata Nour dah berkalih ke tempat lain. Tak ingin mengganggu apa di fikiran Encik Haiqal dan Puan Diana sekarang.

“So.. Bila nak ber-movie ni?” Nour mengubah topik. Tahu topik panas akan jadi lebih panjang kalau tidak dipotong.

“A’ah ye tak ye. Dah pukul berapa ni adik harimau?” Encik Haiqal dah bertanya pada Nour. Walaupun Audemars Piguet dekat tangan bersinar-sinar memantul cahaya lampu di siling.

“Dah 1.30p.m. Zohor dah pun.” Waktu di jam Casio Classic merah diberitahu. Ringkas.
“Oh. Solat dulu lah macam tu. Jom. Jusco saja lah. Tak ramai sangat orang.” Puan Diana dah memberi cadangan dahulu.

“Baiklah. Kamu tunggu kami dekat luar ya, Nour?” Encik Haiqal mengambil blouse putih ke kaunter untuk pembayaran.

“Baik, papa.” Nour dah berjalan ke luar tanpa tunggu.

***

Warung Cendol, Taman Tasik Titiwangsa.

“Peh, terbaikk.!” Aman dah menepuk belakang bahu Nouh.

“Apa yang terbaik?” Nouh bertanya, berkalih ke belakang melihat muka Aman yang gembira semacam.

“Exhibition tadi.” Aman menghirup kuah cendolnya. Slrrp.!

“Haa.. Kan? Tak sia-sia kita pergi tadi.” Nouh juga menghirup cendolnya. Sambil memerhati gelagat pelanggan warung itu.

“Tapi kan.. Macam ada yang tak kena la dengan pameran tadi.”

“Herh? Apa? Kat mana?”

“Ala, takkan kau tak perasan? Masa penyampaian anugerah tadi tu.. Kau tak perasan budak lelaki ber-hud tadi?”

“Hmm.. Berhud? Oh. Gray Sweater? Tropicana?”

“Yeah. That one.”

“Kenapa dengan dia?

“Entahlah.. Aku rasa dia tu.. pelik.”

“Pelik?”

“Ye, pelik.”

“Hmm.. Entahlah weh. Aku tak perasan pulak tadi.”

“Mungkin kot.. Kau kan excited terlebih macam monyet high kena belacan tadi.”

“Ha-ha..! So, what is up with that guy with hood?”

“What’s up about me?” Tiba-tiba, satu suara muncul dari belakang. Lelaki yang dibualkan muncul. Nouh dan Aman terperanjat. Hampir bersilat di situ.

9 comments:

Scha Nazri said...

i wonder sapa mamat berhud tuhhh. hehe. sementara kau cuti nie, cepat2 lah apdate n post link kt wall aku yer. muehehe

Fa said...

"yeahh..
what's up with that guy with hud?"
Nour muncul tibe2.
hahahaha
nice shot! suka part novel2 tu.aku rse cm nk duk sembang dgn nour psl novel ^^

M. Faiz Syahmi said...

syazana;
sape laaaaa ek.? :P
tengok la dulu camna.
aku dah tambah pages untuk updates ni. hahaha.

fa;
Nour.? tetiba je.. haha.

nak sembang dengan nour.? try buat appointment. :P

Fa said...

ok bos.tkde hal punyela.
tpi kau kne jd org tgh la beb.
da lame tk spazz psl novel tau!
dulu ade safwan rasid but since he's in kuis, tkdpt nk spazz psl novel cm dlu.

M. Faiz Syahmi said...

fa;
apekah spazz.?
tetiba aku tak pernah dengar lak perkataan tu. haha.
vocab lemah. malu dol.! >.<

safwan rasid.? takk kenaaaalll~

Anonymous said...

member macy nga ckp sal novel ramlee awang mrsyd. tetiba~ kikh3



oh ni upenye blog nye. link kat blog sarkasis tu xbjaye melinkkan pon~

M. Faiz Syahmi said...

macy;
keh3.
novel ramlee awang murshid.? yang mana satu.?

err. link ke mana.?

NAJ HEBAT said...

okeh.

Kata kat macy. Dah okay link nyer.

orait.

M. Faiz Syahmi said...

naj hebat;
okkee thanx.! :D