9.12.09

Bloodties IX.

Chapter 9

Lagu Jepun, Eternal Rock'N'Roll oleh The Street Beats dimainkan bingit di kelab Teen’s Virgin. Seperti biasa, dipenuhi dengan remaja. Ada yang menari di dance floor, ada yang minum-minum di bar. Ada yang duduk-duduk di sofa, dengan gadis-gadis. Walaupun pergaulan social di situ agak bebas, tetapi satu peraturan yang memang sentiasa dipatuhi ahli kelab itu memang boleh mengejutkan orang dewasa. Bayangkan, remaja yang didesas-desuskan memang menggilai perkara itu, boleh tahan dengan peraturan tersebut. Papan tanda “No sex allowed!” besar ditampal di dinding utama kelab. Ilustrasi lelaki dan perempuan bersenggama di pangkahkan dengan cat merah. Sesiapa yang melanggar peraturan akan diketuk kepalanya dengan botol kaca, dibuang keahlian dan ditendang keluar dari kelab itu. Walaupun arak, ecstasy, ganja, steroid boleh didapati dengan mudah di kelab itu, para remaja ini begitu patuh dengan peraturan itu. Boleh dilihat ada yang ringan-ringan, bercumbuan dan menyentuh alat sulit pasangan masing-masing, tetapi sebaik saja bos kelab itu melihat, dia akan menghalau mereka, menyuruh mereka keluar, ke tempat lain.

Mudah sahaja untuk menjadi ahli kelab bawah tanah itu. Asalkan anda remaja berumur dalam lingkungan 13 hingga 20 tahun, anda akan diberikan kad dan tatu keahlian di salah satu tempat di badan. Teen’s Virgin memang popular dalam kalangan remaja bawah umur. Mempunyai beberapa buah cawangan di negara, dan hanya terdapat di ruang bawah tanah. Disamping untuk mengelakkan pihak berkuasa mengetahui adanya kelab ini, mereka juga tidak mahu disamakan dengan kelab-kelab lain yang berpeleseran dengan arak, seks dan pelbagai lagi. Tatu keahlian yang hanya sebesar tahi lalat itu memang susah hendak dikesan oleh ibu bapa dan guru. Sebab itulah, Teen’s Virgin selalu dipenuhi dengan para remaja. Pemeriksa tatu di pintu hadapan sahaja yang mampu memastikan corak tatu itu yang palsu ataupun yang asli. Huruf T dan V memang boleh dikesan dengan sentuhan jari. Ada yang buat tatu itu di pergelangan lengan, ada pula yang buat di bawah leher. Sebab itu jugalah, Anarchist Gang membuat tapak mereka di sini. Lagi pula, ketuanya rapat dengan bos Teen’s Virgin.

Kay duduk di sofa, menanti Piey. Kalau gadis itu tidak datang, memang lebih teruklah hukuman yang akan dikenakan nanti. Di situ juga boleh dilihat Jay duduk rapat dengan Elle, bertutur sesuatu, dan Arw di situ, meminum Apple Martini. Lagu yang bingit tidak dihiraukan. Kay memandang Dee yang duduk di bar, berbual dengan bartender. Entah apa yang dibualkan, malas hendak diambil peduli. Kocek seluar diseluk. Kotak Marlboro yang berwarna merah dikeluarkan. Satu batang diambil, diselitkan di celah bibir. Pemetik api di atas meja diambil, lantas dinyalakan pada rokok itu. Kotak rokok disuakan pada Jay. Jay mengambil sebatang, dan Kay tolong menyalakan rokok itu. “Thanks” Jay menjawab dengan senyuman kemudian sambung berbual dengan Elle. Kay memang sudah maklum, Jay berpasangan dengan Elle.

“Arw, bila budak tu nak sampai ni?” Jay memulakan bicara.

“Kejap lagi. Aku dah sms tadi.” Arw menjawab. Kay hanya melihat mereka berbicara.

“Oh. Oke.” Jay menjawab.

“She’s here.” Kay bersuara.

Masing-masing menoleh ke pintu hadapan. Dilihat Piey masuk. Hanya mereka sahaja yang tahu itu Piey. Ahli kelab lain hanya tahu itu gadis biasa, yang juga ahli kelab. Mereka tidak tahu Anarchist Gang selalu membuat perjumpaan di situ. Kay lantas bangun, berjalan ke arah Dee. Membisik sesuatu. Jay, Elle dan Arw bingkas bangun apabila melihat Dee berdiri. Dee membisik sesuatu kepada Kay, lalu Kay berjalan ke arah DJ di pentas. Lagu bertukar menjadi semakin rancak, lebih bingit. Mereka berjalan memasuki bilik yang boleh dimuatkan 30 orang, memang disediakan khas untuk perjumpaan Anarchist Gang. Ahli lain masuk, mengambil tempat masing-masing.
Piey duduk di sebelah Arw, memegang tangannya kerana agak gentar dengan hukuman yang akan dikenakan.

Pintu dibuka lagi. Aey masuk, membawa satu berkas dipenuhi 27 botol dengan 4 jenis arak. Wine, Vodka, Liquor dan Beer yang akan digunakan dalam hukuman nanti. Di hujung sudut bilik itu terdapat tong minyak besar yang sudah pun terbakar, digunakan untuk memanaskan batang besi untuk memberi tanda kekal kepada pesalah. Semua sudah maklum, Piey adalah yang melakukan kesalahan pada hari itu. Piey yang comel itu memang boleh membuatkan lelaki terpikat. Tambahan pula, yang berbuat kesalahan itu perlu mengikut prosedur hukuman yang disediakan. Memang tidak dapat dielakkan. Akujanji telah pun dibuat ketika mula memasuki Anarchist Gang ini. Tambahan, kesilapan memang akan merosakkan rancangan. Sebab itulah, hukuman yang berat akan dikenakan, supaya tiada siapa yang akan leka dengan tugas masing-masing. Namun, Piey telah melakukannya. Comel atau tidak, lelaki atau perempuan, memang akan dikenakan hukuman tanpa kompromi lagi. Itu kata Aey setiap kali perjumpaan. Berkas itu diletakkan di tengah.

“P.” Aey memanggil. Piey berjalan perlahan ke tengah. Berhenti di hadapan Aey.
“Do you scared, girl?” Aey bertanya pula. Tiada suara, cuma anggukan daripada gadis itu.
“Don’t be. It’s a common mistake that a girl like you will make. I can guess it when I saw your face yesterday. Too happy to get a task yeah?” Aey tersenyum sinis. Piey hanya diam membatu. Begitu juga dengan ahli lain.
“Take off your clothes.” Aey bersuara lagi. Memberi arahan kepada gadis itu. Piey masih lagi diam membatu, muka memerah kerana memalu.
“Do you want me to help you?” Aey memegang pipi kiri Piey dengan tangan kanannya. Ibu jari mengusap perlahan pipi gadis itu. Piey menggeleng. Aey tersenyum, menurunkan tangannya, lalu berundur tiga tapak ke belakang.
“Good.” Aey senyum.

Terketar-ketar, Piey menanggalkan selendang yang dililit di leher. Kemeja T lengan pendek ditanggalkan perlahan. Semua memandang sekujur tubuh munggil itu membuka pakainnya satu persatu tanpa kelip. Yang lelaki, ada yang senyum dan ada pula yang menurunkan pandangan. Yang gadis, hanya melihat sahaja dengan perasaan kasihan. Tiada apa yang mampu dilakukan lagi. Arahan ketua memang perlu diikut. Itu peraturan kumpulan. Seluar sudah pun ditanggalkan. Hanya tinggal pakaian dalam. Piey berhenti. Aey yang duduk sebentar di tempatnya itu tidak melihat, cuma tunduk menongkat dagunya berkata, “Go on. You knew you had to.” Piey menanggalkan bra dan seluar dalamnya , maka tinggallah dia tanpa seurat benang di hadapan 26 orang ahli Anarchist Gang di dalam bilik itu. Semua lelaki tunduk, segan untuk melihat.

“EVERYBODY LOOK! LOOK PROPERLY AT THAT BEAUTIFUL BODY!!” Aey mengangkat kepala, bersuara lantang. Semua terkejut, lantas mengangkat kepala. “Jangan ada siapa yang terlepas pandang hukuman ini!” Piey juga terkejut dengan suara Aey itu lalu menutup dadanya dengan tangan kanan dan kemaluannya dengan tangan kiri.

“P, turunkan tangan tu. Tak ada yang perlu dimalukan. Kita sama. Homo sapiens.” Aey bersuara. Dia bangun, dan berjalan ke arah Piey. Satu botol Liquor diambil. “This is your part. Drink it until half.” Aey menyuakan botol itu kepada Piey. Piey menyambutnya, teragak-agak.

“Is this your first drink?” Aey bertanya, perlahan. Piey mengangguk. Dia memegang botol itu dengan dua tangan.

4 comments:

athirahrazak said...

woah! scene yg agak pelik.mungkin mempengaruhi minda kanak2 yg membaca.especially teens..

M. Faiz Syahmi said...

kanak² tidak dibenarkan membaca novel ini.......

pEacEmaKer said...

is dis ur imagination?

M. Faiz Syahmi said...

peacemaker;
yes. :)