19.11.10

Bloodties XIV.

Chapter 14

Hujan renyai-renyai. Bunyi rintik-rintik hujan di jalan pejalan kaki tidak kedengaran dek telinga ditutup fon telinga. Nada tertinggi. Kedengaran ketukan dram dan bunyi gitar bersilih ganti. Lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia berdendangan menghentam kuat gegendang telinganya. Dengan berhud, dia tidak risau alatan elektroniknya basah. Nasib baik teknologi zaman kini mampu mencipta pakaian yang kalis hujan renyai. Tidak perlu berlari-lari anak mencari tempat berteduh jikalau hujan turun.

Dilihat langit tinggi. Awan gelap tebal berarak mendekatinya dari arah barat laut. Petanda hujan lebat akan turun. Tiada cuaca yang mampu menggoyah perjalannya dalam iklim khatulistiwa ini. Mungkin kerana berada di Malaysia, dia tidak terlalu risau. Dia meneruskan perjalanan tanpa arah, berjalan perlahan melayan perasaan.

Kosong.

Dia mengambil tempat duduk di sebuah kerusi. Hujan dilayani penuh mesra. Bola mata kadangkala bersilih ganti antara satu tubuh ke tubuh yang lain. Ada yang kelihatan berlari anak mencari tempat berteduh, ada pula yang membuka payung, manakala yang berpasangan pula sambil berpayung, sambil berpelukan. Rapat. Mengjengkelkan hatinya.

Lagu kemudian bertukar ke Kalau Berpacaran, nyanyian Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet. Lagu dalam playlist bertukar bagaikan mengerti keadaan hatinya saat ini. Dari arah utara, kelihatan datang seorang makcik dalam lingkungan usia 50-an ke arahnya. Fon telinga ditarik dari telinganya. Senyum sekilas.

“Dik, hujan ni, jom duduk tempat berbumbung. Nanti demam pulak.” Sambil meneduhkannya dengan payung, makcik itu menunjukkan sebuah gazebo yang diisi sebilangan orang tidak dikenalinya.

“Tak apa kak. Saya selesa di sini. Sudah lama tidak berbumbungkan langit hujan.” Balasnya sambil tersenyum dan mengangkat ‘gaya tangan tak apa’.

“Betul ni.?” Kata-kata makcik itu kedengaran agak lantang kerana berlawan dengan suara hujan.

Dia hanya mengangguk sekilas dengan senyuman menunjukkan muka penuh yakin. Makcik itu berlalu pergi meninggalkannya. Fon telinga dipakai kembali. Dunia terlalu baik padanya. Kerana itu juga dia sangat menghargai alam semulajadi. Melihatnya bagai melihat dirinya di cermin. Melihat alam bagaikan membersihkan segala jiwanya. Hujan turun dengan lebatnya. Dia masih di situ, sambil menutup mata, membiarkan diri dibasahi air semulajadi.

Lagu berhenti. Terasa sesuatu bergetar-getar di dalam poketnya. Butang di fon telinga di tekan. “Yeah, what?” Dia menjawab.

“It's time. We have to meet.” Kedengaran suara di hujung talian.
“Where?” Aey bertanya untuk mengetahui informasi lebih lanjut.
“Usual.”
“OK. Gimme 15 minutes.”

****


Hujan renyai-renyai. Dia melihat ke luar. Awan gelap tebal berarak mendekatinya dari arah barat laut. Sesuatu ditaip pada handphonenya. Mesej dihantar. Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi getaran. Lagu Ignorance nyanyian Paramore berbunyi. Tanda mesej dibalas. Bibir terukir senyum. Ada sesuatu perlu dilakukan. Dia lantas ke almarinya. Ingin menukar pakaian. Baju dan seluar dibuka, hanya boxer dibiarkan. Sedikit bau-bauan disemburkan ke badan dan ketiak. Kelihatan dua parut berdiameter 40 milimeter bertulisan ‘I made mistake’ di belakang baju kanannya. Baju dan seluar yang lain dipakai. Dompet dan handphone dimasukkan ke dalam poket. Baju hujan bersulamkan huruf D merata-rata, diambil, kemudian berjalan pantas ke luar.

****


“Kau apahal? Takut?” Elle berbisik pada Piey sambil memegang lehernya. Kelihatan Piey seakan menggigil-gigil tadi.

“Bodoh. Aku sejuklah!” Piey menolak tangan Elle jatuh.

“Wah, pandai melawan sekarang sejak tinggal sebumbung dengan Aey ye.? Kau jangan! Kau tu baru “P” oke?” Elle menolak Piey.

“Elle...” Jay menegur perbuatan Elle. Elle mendengus marah.

“Ceh. Nasib baik sungguh kau.” Elle berbisik pada Piey lalu berjalan ke arah Jay. Memeluk erat.

“Elle, you handle this. Pastikan tiada siapa yang terlepas.” Senarai nama pengawas sekolah diberikan pada Elle. Kertas itu bertukar tangan. Elle hanya mengangguk tanda faham arahan Dee. Dia lalu ke meja dan mencatat sesuatu di kertas itu.

“Jay, barang tu dah bawak?” Dee bertanya pada Jay pula. “Sudah. Ni.” Botol berisi pil ecstacy dikeluarkan dari poket beg sandangnya. “Bagus.” Botol itu bertukar tangan.

“Piey. Kau tengok senarai yang Elle tandakan tu, kemudian letakkan pil ni dalam peti kecemasan tu. Tukarkan isinya dengan botol panadol tu.” Dee memberikan botol kaca itu kepada Piey, lalu Piey mengambil kertas yang dihulurkan Elle. Dia bergerak ke peti kecemasan.

“Good job guys. Tu je untuk hari ni. Esok kita boleh tengok, berapa ramai yang demam jadi khayal habis-habisan.” Kata Dee sambil diperhatikan oleh Aey, Jay, Elle, dan Piey. Mereka tersenyum sinis.

Kali ni Convent Bukit Nenas pula akan kacau-bilau.

4 comments:

Anonymous said...

convent bukit nenas?
weh, girls school ker.. bpak ah weh.. haru :D

weh, nak request, prefect vs anarchist... ta pun pluto vs anarhist vs prefects.. surely complex dow.. xD

M. Faiz Syahmi said...

nur;
ah kau.
demand lebey lak.
hahaa.~
XP

Anonymous said...

aduhai na wat canne..
dah ada fan dah ni..

peminat citer kan ske demand2.. hak2. :D

M. Faiz Syahmi said...

nur;
tengoklah cane nanti. :P