20.11.09

Bloodties IV.

Chapter 4


“Aku macam tak percaya jer.” Nour bersuara perlahan.

“Hah? What? Pardon?” Nouh menjawab. Pandangan ditoleh kepada Nour yang berjalan di sebelahnya.

“Tarapappa.”

“Adoi. Susahlah nak communicate dengan orang yang suka cakap separuh jalan ni.”

“Kau apehal? Nak cari pasal lagilah tu.”

“Eh? Aku pulak? Ni tiba-tiba emo ni kenapa? Aku buat salah ke ‘adik’?”

“Hah. Please don’t call me that name. What people say nanti?”

“Dah tu. Kau ni tiba-tiba emo tak apa pulak?”

“Hins. Susah betul cakap dengan nerdowageek ni.”

“Pulak dah. Bahasa Uganda mana pulak kau tarik ni.”

“Hah. Kalau kau nak tau, tu bahasa Uganda dari kaum sebelah timur. Golongan yang tak reti nak duduk diam bila someone merepek sorang-sorang.”

“Oh. Oke. I get it. So, what’s all these commotion all about?

Commotion apa?”

“Lah. Yang tadi kau cakap macam tak percaya tu apa?”

“Aik. Dengar pulak mamat ni. Tadi macam tak dengar. Saja je kan nak kena.”

“Haha. Well, tengok telinga la.”

“Huh. Yelah tu.” Nour masih bergandingan dengan Nouh. Tiba-tiba rasa macam jauh pula kelas mereka ni. “Okelah. Kau tak rasa pelik ke? Yalah. Papa said that we’re twins. Tengok tak ada yang sama pun. Mata hitam adalah sikit sama. Tapi takkan tu cukup nak buktikan kita kembar kot?”

“Huh? Mata?” Nouh pantas menoleh ke arah Nour.

What?” Nour mengangkat kening double-jerk.

“Kau pun..” Nouh tidak menghabiskan ayatnya, tetapi jari telunjuk ditunjukkan ke arah mata.

“Hah? Ape?”

“Mata kau pun.. Kau.. pakai contacts jugak ke?”

Contacts? Aku memang rabun.”

“Weh, baik-baiklah. Aku serius ni.”

“Apa? I don’t get your words-lah.”

“Mata kau warna lain-lain ke?”

“Warna lain-lain? Gosh! What? How did you know?” Nour sudah gelisah. Takkan rahsia yang dipegang selama 10 tahun ni dah terbongkar kot? Direnung mata Nouh. Serius.

“I know so.” Nouh melihat jam tangan Bum Equipmentnya yang berwarna putih. Hah? Baru 6.50 pagi? Biar betul? Kejadian paranormal apakah ini? Nouh tidak sedar, waktu berjalan perlahan jika dia bersama dengan Nour. Satu anugerah lagi diberikan kepada mereka. Manusia terpilih.

“Kau pun?” Nour bertanya kepada Nouh, menginginkan kepastian. Nouh hanya melihat Nour. Mengangguk. Dilihat keadaan sekeliling. Blok kelas mereka betul-betul di hadapan.

“Nour. Kau ada jam tangan? Tengok sekarang pukul berapa.” Nouh bersuara.
Nour dah hairan. Ni apahal dengan budak ni? Tiba-tiba tanya jam. Dilihat jam tangan Bum Equipment berwarna merahnya. 6.51 pagi. “Hah?”

“Aku rasa kita jalan lambat betul tadi. Macam mana boleh baru 6.51 pagi ni?” Nour pula hairan.

I don’t know. Itulah yang aku hairan tu. Oke. Tak apalah. Kita dah sampai kelas kau ni. Kelas aku kat sana. Apa-apa hal, jumpa lagi masa rehat nanti. Nice talking to you, my so-called twin.” Nouh berkata, memohon untuk beredar. Sopan. Tapi dia terfikir sesuatu di luar batasan akal fikiran.

“Hm. Yeah. It still a shocking story to me too. See ya.” Nour melihat Nouh berlalu pergi. Dilihat kembali jam di tangan. 6.52 pagi. Haih. Hairan betul.

Sebaik Nour melangkahkan kaki kanan masuk ke kelas, loceng terus berbunyi. Dilihat jam dinding di depan kelas. 7.10 pagi. “What the..?” Nour hairan. Jam tangannya dilihat lagi. Tepat 7.10 pagi. “Hah? Ni aku yang salah tengok jam atau jam ni yang rosak?” Nour menggaru kepala yang tidak gatal. Kehairanan lagi. Tak mampu menerangkan perkara abnormal yang berlaku tadi. Nour mengambil tempat duduknya di belakang kelas. Waktu pertama, Bahasa Melayu. “Adoi. Bosannya.” Nour merungut sendirian. Sushi di sebelah dan Q-bee di belakang masih rancak berbual. Fruity dah hilang entah ke mana. Sekali lagi jam di tangan diperhatikan. Hm. Betullah. Sama dengan jam dinding kelas ni.

“Q-bee. Kau tengok jam kau kejap. Pukul berapa sekarang?” Nour memotong perbualan Sushi dan Q-bee.

“Hah? Awat pulak? Kan sama ja dengan jam dinding tu?” Q-bee menjawab.

“Tolong weh. Aku tanya hal simple je ni. Bukannya macam mana nak lukis parabola.”

“Wah. Parabola? Ni sejak bila otak technical student pulak ni?” Sushi ketawa.

“Haha. Lawak, lawak. Q-bee, pukul berapa ni?” Nour bertanya lagi.

“7.15 pagi. Eh? Lewat pulak si Cikgu Madah Pujangga kita tu? Selalu jangan haraplah nak bernafas 5 minit lepas loceng bunyi.” Jawab Q-bee.

“Oh, oke-oke. Roger.” Nour menjawab, lalu kembali melihat mejanya. Dibalut plastik dengan kemas, diselitkan jadual waktu dan memo-memo penting. Sushi melihat Q-bee, Q-bee melihat Sushi. Dua-dua mengangkat bahu, menggeleng kepala. Bagai terkeluar dialog “Apahal budak Nour ni?”. Namun dialog itu hanya bermain di kepala saja.

Nour kembali menoleh ke belakang. “Hah? Apa korang cakap?”

“Eh? Kami tak cakap apa pun?” Sushi menjawab.

“Aku macam ada dengar korang sebut nama aku.” Nour menunjukkan telunjuk kepada rakannya itu.

“Eh? Tak ada punlah.” Q-bee menjawab.

“Yakah? Aku salah dengar kot?” Nour memutarkan pensil di jari, kemudian menyambung menulis sesuatu di mejanya.

“Eh, Lampu. Kau apahal hari ni? Lain semacam jer. Anything interesting happen yesterday that you don't mind to tell us?” Sushi dengan selamba memanggil Nour sebagai Lampu.

“Amboi. Sedapnya kau panggil kawan aku Lampu. Walaupun Nour tu maknanya cahaya, janganlah sampai lampu kau sebut. Kecik hati dia tu. Dahlah badan pun kecik kiut.” Q-bee menyebelahi Nour.

“Haha. Kau pun apa kurangnya Q-bee. Nak backup aku konon. Dua kali lima sepuluh je korang berdua ni.” Nour menjawab sambil ketawa. Dia memang tak pernah mengambil hati dengan sahabat berduanya ini.

“Baiklah wahai Cik Nour Fariqatuzzahra tergeliat lidah nak sebut. Kenapa dengan Cik pada hari ni? Bulan datang mencerahkan ufuk timur ke?” Sushi masih dengan gaya bahasanya, macam biasa.

“Ha, macam tulah. Aku memang tau nama aku susah nak sebut. Macam tu kan sopan. Aku tak ada apalah hari ni. Macam biasa. Bulan-bulan apa pulak ni. Ke situ pulak. I’ve something to tell both of you though. Tapi bukan sekarang. Kejap lagilah. Lepas BAM ni ke, rehat nanti ke.” Nour menjawab, senyum. Kelas senyap. Dilihat Cikgu Zuraidah masuk. Semua bangun dari tempat duduk.

“Okay, you owe us a story.” Q-bee membisik dari belakang.

Kelas Bahasa Melayu bermula. Memek muka pelajar 3 Neptun berubah serius. PMR beberapa bulan saja lagi. Masa untuk fokus.

4 comments:

the writers said...

okay am i the first? *blinks*

most novels letak watak yg nak dkt2 spm, tp u letak pmr.
how extraordinary B-)

like i said before this.
'more events' please =)

Lots of love from the writer,
Q

M. Faiz Syahmi said...

i letak pmr sbb panjang lg cerita ni. XP

oke.. more events.. will do. XD

TQ.

the writers said...

LOL. :)
Interesting combination of words.
I love your story. :)
From, N.

M. Faiz Syahmi said...

Combination of words?
meaning?

Thank you for loving mine.

Still got a lot to learn though.

XP