1.2.11

Bloodties XIX.

Chapter 19

“Wha.? Y. Y. You…..” Aman bersuara terketar-ketar. “A girl?” Nouh menambah ayat Aman yang tidak habis tadi.

“Yeah. I’m a girl. What about me? I noticed you both didn’t stop staring at me. Why is that so?” Puspa rancak berbual. Nada suara tidak puas hati. Perasaan ingin tahu membuak-buak. Dilihat kedua-dua tubuh di hadapannya. Seorang rupa macam lelaki korea, seorang macam sultan Melaka dalam Puteri Gunung Ledang. Dua-dua muka pucat. Gelabah biawak macam nampak hantu.

“Nonono. It’s just a random stare from nobody. Nothing suspicious with that. Right, Nouh?” Aman bersuara dahulu. Ingin memecahkan ais. Agar dingin kembali hangat. Agar ketegangan keadaan menjadi lebih kendur.

“Yeah yeah. Right. Nothing special.” Nouh melihat ke arah tasik. Gelabah tak habis lagi. “Tajam betul mata gadis ni.” Perkataan dimonolog dalam hati saja.

“Is that so….” Puspa duduk di atas kerusi plastik putih itu. Saja nak melepaskan lelah di dada. Berjalan dari Balai Seni Lukis ke Tasik Titiwangsa, memanglah penat. Tapi dia suka berjalan-jalan. Ambil angin luar. Kadang-kadang bila migrain bermain-main dengan urat kepala.

“Eh. What are you..” Nouh pelik dengan gaya selamba Puspa. Duduk di hadapan dua lelaki tak dikenali? Biar betul? Macam ni ke budak perempuan zaman sekarang?

“..Doing? I know what I am doing. You just shut up and sit down. Don’t make facial expression like you’ve seen a ghost for the first time in your life.” Puspa masih lagi dengan muka dingin macam nak telan semua orang dekat situ. Dahlah letih. Tempat kosong tak ada. Budak berdua ni buat bising pulak.

Aman dan Nouh kembali duduk. Masih lagi memerhatikan gadis kecil molek berhud itu. Sangsi. Sangsi dengan keselambaan gadis itu. Mereka berdua masih tak sedar yang tempat kosong hanya satu. Di depan mereka. Mungkin terpegun dengan kecomelan gadis itu.

“Mamak, cendol satu.!” Puspa memesan semangkuk cendol sejuk. Bagi melegakan dahaga. Dia mengambil tuala kecil dari dalam begnya. Di lap peluh yang mengalir di lehernya. Diletakkan tuala kecil itu di atas pahanya. Dizip kembali beg yang kelihatan satu buku lakar bersaiz A4. Jenama CAMPAP.

“Eh? Terpegun apa lagi? Makanlah. Ais dah cair tu. Anggap saya tiada kat sini oke?” Puspa senyum. Mengendurkan keadaan kerana Aman dan Nouh masih lagi duduk tertegun.

“Cute.” Aman dan Nour bertutur serentak. Mereka saling berpandangan. Akhirnya ketawa memecahkan suasana. Puspa juga macam tak tertahan dengan perangai dua budak lelaki yang melucukan ni. Dia memang sudah biasa dengan perkataan “cute”, “comel”, “cantik”, dan pelbagai lagi perkataan pujian bermula dengan huruf c.

“Saya Wira.” Puspa menyuakan tangan kepada Nouh. Memulakan pengenalan diri. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dua lelaki yang diekorinya sejak dari dalam Balai Seni Lukis lagi.

“Oh. I’m Nouh. Sorry.” Nouh mengenalkan diri sambil menganggukkan. Meminta maaf kerana tidak dapat berjabat tangan. Prinsipnya yang dipegang untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. “Aman.” Aman menganggukkan kepala. Sopan. Menggantikan persalaman.

“Oh. Tak apa. Saya faham.” Puspa kembali senyum. Ais telah pun dipecahkan.

***

Suasana dalam Star LRT tengahari itu agak sunyi daripada biasa. Mungkin kerana hujung minggu. Dia duduk di hujung gerabak. Sambil memakai earplug macam biasa. Kedengaran sayup-sayup rentak lagu What I’ve Done nyanyian Linkin Park. Bermakna tuan si pemakai memasang lagu dalam nada yang paling tinggi.

What I’ve done
I’ll face myself
To cross out what I’ve become
Erase myself
And let go of what I’ve done


“Masjid Jamek.” Kedengaran suara komputer yang telah disetkan apabila sampai ke setiap destinasi.

Lelaki itu turun dari situ. Ada seseorang yang dia perlu jumpa di Pasar Seni. Sendirian, dia berjalan menelusuri hutan batu dan lautan manusia yang maha ramai itu.

***

Pasar Seni, Kuala Lumpur.

“Apek. Barang haritu apa cerita?” Aey menyapa Ah Pek yang tengah duduk-duduk merepair sesuatu dekat salah satu alatannya.

“Eh. Eh. You lagi ka? Ada.. Ada.. Sudah siap maa. Tunggu lu angkat sajaa..” Ah Pek memang menunggu Aey dari jam 10 tadi lagi. Saja mengambil masa lapang untuk melihat-lihat alatan yang digunapakai untuk mengukir di atas cincin, gelang tangan atau jam.

“Yaloh.. Wa ada lagi nih.. Baik-baik. Berapa semua?” Aey bertanya. Walhal dia dah bayar habis khidmat Ah Pek. Semua sekali berjumlah RM80. Saja nak menguji Ah Pek.

“Haa.. Semua sekali.. RM300. Lu kawan baik wa, wa kira cincai punya.. dalam RM100 saja.~” Ah Pek menjawab selamba. Macam tiada apa-apa kesilapan pengiraan.

“Oke. Nah RM100.” Tanpa membetulkan segala apa kesilapan, Aey menghulurkan RM100. Malas nak panjang lebih. Tahu nafsu mata duitan manusia bagaimana.

Gelang tangan berukiran logo baru Anarchist bertukar tangan. Aey membelek-belek gelang perak berlogo warna biru itu. Puas membelek, dimasukkan kembali ke dalam kotak. Harus disimpan baik-baik. Agar tiada satu pun yang terhilang. Kotak coklat itu dimasukkan ke dalam beg. Selepas dia bersalaman dengan Ah Pek, dia berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Ah Pek yang kepuasan. Untung RM120 hari itu.

***

“Get everyone gathered. We have to meet at usual place. 2 hours ETA.” Puspa membaca mesej yang baru diterima daripada Aey. Dia lantas menghantar mesej yang sama kepada Bee dan See. Yang lain-lain biar mereka yang uruskan.

“Guys, I’ve to go now. Nanti ada jodoh jumpa lagi oke?” Puspa senyum dan mengangguk. Sudah memahami gaya Aman dan Nouh. Mereka memang antara lelaki yang susah nak dicari zaman teknologi tinggi sekarang. Dia sangat gembira mengenali mereka berdua. Tapi apa kan daya, masa tak cukup nak mengenali lebih dalam. Puspa berlalu dari situ, tanpa meninggalkan apa-apa cara untuk berhubung, kecuali senyumannya. Yang boleh meruntuhkan mana-mana tembok dinding ego lelaki.

***

Kelab Teen’s Virgin.

Kelab itu sunyi sekali petang-petang begitu. Kosong. Hanya mereka saja yang duduk-duduk di ruang tengah. Betul-betul di lantai tarian. Sofa di susun kemas. Bau haruman strawberi menyelubungi ruang. Tiada lagi bau busuk asap rokok. Pekerja kelab itu betul-betul mengemas kelab itu dengan bersih sekali. Kelab itu cerah sekali. Mungkin kerana rekaan hiasan dalamannya, membolehkan cahaya masuk tanpa menggunakan lampu pendaflour. Padahal kelab itu direka di bawah tanah.

Mereka semua sudah berkumpul kecuali Aey. Piey juga berkumpul di sana. Tidak bersama Aey kali ini. Mungkin kerana itu dia seakan mendapat pandangan menghairankan dari semua mata yang memandang.

“Weh.! Piey.! Mana balak kau.? Hahaha.!”
“Wuhyoooo..~ Someone lonely todayyyy~”
“Peh.. gilalah.! Bulan warna ungu ke malam ni?”
“Siott ar korang ni.. Biar la kat dia.. Kadang nak gak merasa single.. Hahaha.”

Pelbagai lagi suara sarkastik yang membingitkan suasana. Gelak tawa berdekah-dekah menghingari setiap penjuru. Sebaik kelihatan Aey masuk, mereka semua senyap. Diam. Tiada seorang pun yang berbunyi. Hanya bunyi batuk-batuk yang sengaja dibuat-buat. Nampaknya Aey betul-betul mendapat penghormatan dari semua ahli. Baik yang seusia dengannya, atau yang lebih muda. Baik berjantina sama, atau yang berlainan jantina.

“Baiklah. Semua dah ada.? Bee.” Aey menghempaskan letakduduk punggungnya di atas sofa empuk berjenama IKEA itu.

“Oke.! Korang dimintak bagi balik gelang yang korang pakai sekarang. Disebabkan ada sedikit masalah beberapa hari lepas, kita terpaksa menukar logo dan design gelang tangan. Korang boleh letak dekat meja ni.” Bee memberi arahan mudah. Memulakan sesi perjumpaan dengan ringkas.

Bermula dengan Aey, sehingga Zack. Semuanya menanggalkan gelang tangan mereka, kecuali Piey. Piey hanya duduk di situ, tunduk malu. Merah mukanya. Bagaikan lampu merah disuluh ke mukanya. Dia yang menghilangkan gelang tangannya. Dia yang menyusahkan rakan jenayah yang lain. Dan dia juga yang menyebabkan mereka terpaksa menukar logo baru. Rekaan gelang tangan baru juga ditukar. Membuatkan mereka bagaikan menukar identiti mereka kepada yang baru.

Usai kesemua gelang tangan memenuhi meja kecil di tengah itu, mereka semua kembali duduk di tempat masing-masing. “So? What are we going to do now?” Arw bersuara.

“I want to hear it from you now. What are we going to do? You suggest it, I’ll plan it. How’s that sound?” Aey bersuara perlahan dari tempat duduknya. Ingin mendengar pendapat rakan sejenayah yang lain. Dia macam biasa selalunya, dia yang mencadangkan tempat apa akan dikenakan hukuman apa. Tapi kali ini, dia saja nak mendengar idea dari rakan-rakannya. Sebenarnya, dia ada idea yang lebih dahsyat dari sebelum-sebelum ini, tapi dia ingin membiarkan mereka yang lain memerah otak sedikit. Barulah adil. Sempena perubahan mendadak kumpulan Anarchist.

“So.. What are we going to do? Guys? Girls?” Bee bersuara apabila semua masih lagi diam, senyap sunyi tanpa bicara.

11 comments:

Fa said...

OKAAAYYY.
kenapa aey jahat sangat??
kesian piey~
faiz,
aku cdgkan kau letak gmbr logo A y bru tuuu.
bru best~

syAzAnA said...

ikut jugak saranan aku. hehe. kau buatlah plan lg evil. hehe

M. Faiz Syahmi said...

fa;
aey memang camtu. tegas. takot ada salah silap anak buah lagi sekali., memang kantoi habes la identiti derang ni...

oh., memang akan letak nanti. ganti yg lama. heheh.

syazana;
heheh. tengs tengs.

plan lagi evil.? oraittt.!

nur said...

akhirnye abeh 3 chapt.
oi oi.. lagi evil?
stuju gak dow, make it more haru biru. hehe

M. Faiz Syahmi said...

nur;
keh3. aku heran gak. mana ko menghilang an. :P

haru biru.? haruu lagi palotak aku memikiorrr.. hahaha~

atiqah said said...

waaaa..... cepat2 post episode seterusnyer... hehe

M. Faiz Syahmi said...

atiqah;
haha. will do. :)

mInYe said...

nice.. :)

M. Faiz Syahmi said...

minye;
tengs min2.! >.<

Dark Half said...

first time lepak sini. menarik tertarik. gua follow

M. Faiz Syahmi said...

separuh gelap;
heheh. silaaa.~