8.7.13

Bloodties XXIII.

"Kau tak rasa hukuman yang Aey bagi kat Piey tu ringan sangat ke? Apa bendalah sangat titikkan lilin kat pangkal dada budak tu. Tak hardcore langsung," See bersuara lepaskan ketidakpuasan hati.

"Eh, bukan lilin. Mancis. Mancis dinyala, dibiar jatuh ke badan. Dan bukan tu saja, Piey jugak ditumbuk. Tendang. Tampar. Kau ingat Aey jenis belas kasihankan orang ke?" Bee menjawab. Kafeteria sekolah agak lengang waktu ini. Majoriti sudah semestinya bergegas pulang ke rumah sebaik loceng tamat sekolah berbunyi. Hanya dia dan See sahaja yang masih tinggal. Bergosip. Dan merancang strategi.

"So kau rasa apa tindakan Aey lepas ni? Still nak Piey jalankan tugas dia ke? Aku dengar plan nak rosakkan Hari Guru dah tak jadi. Betul ke?" See bertanya lagi.

"Kau ni. Nama je ahli tertinggi Anarchist. Tapi satu habuk pun taktau ke? Takkanlah semua aku kena tolong kau jawabkan? Pergilah tanya Aey sendiri!" Balas Bee.

"Yelah, yelah. Aku nak text dialah ni," See mendengus. Menjeling tajam Bee. Dia mengeluarkan Nokia 1110. Satu per satu punat ditekannya.

"Oi orang dah tak pakai cellphone tulah sekarang ni. Orang pakai smart phone," Bee mengacah lagi.

"Bisinglah," See menoleh ke sebelah kirinya. Seakan terperasan ada pergerakan. Bee jugak menoleh sama. "Eh, cikgu Hasan. Tak balik lagi?" Dia menegur. Takut dicurigai apa-apa. Telefon bimbit masih dibiar di genggamannya.

"Haa, ni on the waylah ni. Kau dengan Bakhtiar bila nak balik? Orang lain semua tak menyempat-nyempat, kamu berdua boleh lagi duduk sini? Lapar ke?" Cikgu Hasan ramah menjawab.

"Oh, taklah. Ada benda nak digosipkan ni. Heheh. Cikgu tak payah risaulah, kami balik japgi mesti ada makanan punyalah. Cikgu tu yang bujang, kena risau perut sendirilah cikgu. Heheh," Bee/Bakhtiar juga ramah.

"Hmmm. Betul jugak tu. Takpalah, cikgu tak minat sangat gosip budak-budak macam kamu ni. Cikgu balik dululah ya? Cheng, kirim salam sama mama kamu yang hot tu. Dia belum ada boyfriend kan? Heheheh," Cikgu Hasan kenyit mata lalu berlalu.

"Fuyoo. Ada cikgu berkenan nak jadi papa tiri kau tuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Gilalah! Hahaha!" Bee/Bakhtiar menyakat.

"Ah, tak inginlah aku nak ada parent cikgu-cikgu ni. Menyusahkan. Kau pun tahu kalau aku minat cikgu-cikgu ni, takkanlah aku terima ajakan Aey tubuhkan Anarchist. Kan?" See/Cheng senyum menyampah.

"Yelah yelah. Aey dah reply belum?" Bee/Bakhtiar malas panjangkan topik ini.

"Yep. Dia suruh jumpa dia kat tempat biasa. Sekarang," See/Cheng menjawab. Beg sandang disangkut ke bahu lalu berdiri.

***

Badan berbintat dengan luka lecur. Piey meneliti tubuh bogelnya di refleks cermin. Banyak juga lukanya. Dia mencalit sedikit ubat gigi lalu menampal ke setiap luka lecurnya. Malam ini dia tidur hanya berpanti. Tanpa brassier. Pintu sudah lama dikunci. Takut juga papanya tiba-tiba menjengah masuk. Air mata mengalir sedikit. Dia tidak tahu kenapa dia masih bertahan duduk di dalam kumpulan yang berkali asyik menyakitinya.  Ataupun sebenarnya dia tahu, tetapi dia tidak mahu mengaku. 

Selesai mengubati diri sendiri, Piey letakkan kembali ubat gigi di dalam gelas. Sebaik lampu tandas ditutup, dia lalu membawa tubuhnya berbaring mendada ke siling. Tanpa menyelimuti tubuhnya, dia tidur seakan vampir tidur di dalam keranda.