17.11.09

Bloodties I

Chapter I

“Nour tahu tak, selain dari Nour seorang anak angkat kami, Nour ada lagi seorang abang.” Encik Haiqal memulakan perbualan setelah Nour melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan television di ruang tamu.

“Apa? Abang? Nour tahu Nour anak angkat. Tapi papa tak pernah pun bagitau Nour pasal perkara ni. Berapa umur ‘abang’ Nour tu?” Nour ketawa kecil. Fikir Encik Haiqal membuat lawak antarabangsa sekali lagi.

“Memang tak pernah bagitau. Ni baru nak bagitaulah ni. Nour dah cukup 15 tahun kan?”

“Betul-betul. Macam papa tak sambut sekali saja my birthday last night.”

“Heh. Sebenarnya, sebelum baba Nour menghembuskan nafas terakhir, dia mewasiatkan papa sesuatu. Nour tahu tak apa wasiat tu?”

“Papa tak pernah bagitau. Mana Nour nak tahu.” Walaupun Nour agak hairan kerana tidak pernah papanya memberitahu sebarang wasiat babanya, Nour tetap menenangkan diri.

“Baba mewasiatkan supaya beritahu Nour yang Nour ada saudara lain sebaik saja Nour cukup 15 tahun.”

“Apa? Kenapa 15?”

“Itu papa tak tahu. Tapi rasanya Nour dah bersedia untuk tahu siapa saudara kembar Nour tu.”

“Apa? Kembar? Nour ada saudara kembar? Lelaki ke perempuan papa?”

“Lelaki. Jangan risau. Dia macho habislah! Mesti Nour sangkut punya.” Encik Haiqal membuka lawaknya agar suasana tidak terlalu tegang.

“Tak ada kerja sangkut kat kembar sendiri.” Nour membalas sambil ketawa.

“Siapa tahu? Sekarang kan banyak berita pasal orang jatuh cinta kat saudara sendiri?” Encik Haiqal ingin menguji sejauh mana logik akal Nour berfikir.

“Alah. Mereka itu kurang bijak menggunakan akal logika mereka. Sebab itu sampai sanggup mencemarkan hubungan darah sendiri.” Bijak Nour menjawab, dapat menghidu perangkap papa kesayangannya itu. “Bila nak jumpa tu?”

“Oh, Nour dah kenalnya lama. Cuma tak pernah tahu dia tu kembar Nour.”

“Ha? Pulak. Siapalah tu agaknya? Nama kembar Nour tu siapa papa?”

“Nouh. Muhammad Hazrieq Nouh.” Selamba Encik Haiqal menjawab.

“APA? NOUH?” terkejut Nour mendengar nama itu.

4 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

hm. gaya penulisan mcm pempuan je.

M. Faiz Syahmi said...

bungakopi;
aku ada seorang gadis dalam aku.

etaayushita said...

kamu agk misteri ye..

M. Faiz Syahmi said...

etaayushita;
asal.? nak alamat.?