18.11.09

Bloodties III.

Chapter 3


Bekas kanta sentuh diambil dari drawers dalam bilik air. “Haih. Kalau tak pakai kanta sentuh hitam ni tak boleh ke? Kenapa perlu dirahsiakan? Aku nak jadi diri sendiri.” Dilihat wajahnya di depan cermin. Sebelah kiri, matanya berwarna coklat kehitaman, sebelah kanan pula berwarna coklat keemasan. Disentuh hujung keningnya. Teringat pesanan daripada wasiat babanya menjelang hari lahirnya yang kelima. Nouh merenung matanya sendiri. Dalam.

“You’re a very special person. Your eyes are very different from the others. It will change colours from now. Don’t give attention to others about your differences. Hide your eyes appearance as much as you can.” Begitulah kata Encik Faruq selepas Nouh baru pulang dari Taska. Kata Encik Faruq lagi, ayat itu betul-betul sama macam apa yang tertulis dalam wasiat babanya.

Manalah dia faham apa makna ayat tu? Dia faham bahasa Inggeris, tetapi ayat yang diberikan itu begitu dalam sekali maknanya. Setiap kali selepas Encik Faruq memberitahu wasiat babanya, Nouh akan dibawa ke pusaka arwah babanya. Untuk dibersihkan, dikemas lalang yang tumbuh, dan disedekahkan al-Fatihah dan Yasiin. Nouh seorang yang bijak. Dia sudah mampu membaca dari umurnya 3 tahun. Ketika rakan seusianya baru mula belajar bercakap. Dia juga boleh dikatakan mempunyai "eidetic memory". Kemahiran yang membolehkannya mengingati sesuatu dengan hanya sekali pandang. Atau baca.

Tiba-tiba pada suatu hari di bulan Mei, Nouh datang kepada Encik Faruq, dan memberitahu dia sudah mengingati surah Solat. Surah Solat? Pelik juga Encik Faruq mendengarnya. Selepas dibacakan Nouh padanya, baru dia tahu apa yang dibaca itu surah al-Fatihah. Tidak sesempurna yang sepatutnya, tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan Nouh dihantar ke kelas pengajian al-Quran. Anugerah Allah. Ayat itu yang diucapkan Encik Faruq setiap kali melihat setiap keajaiban yang berlaku pada diri Nouh. Tanda kesyukuran. Sampai hari ini, Nouh masih ingat setiap ucapan itu ketika Encik Faruq merenungnya dalam, kemudian diukir senyuman.

Tetapi memang betul. Selepas hari diberikan wasiat babanya ketika berumur lima tahun, ternyata matanya mula mengalami perubahan. Mula-mula tidak berapa jelas sangat perubahannnya. Sebulan kemudian, matanya yang berwarna hitam bertukar menjadi warna yang sangat berlainan. Sebelah kiri tiada sangat bezanya. Mata sebelah kanan ini. Sangat jelas sekali. “Nasib baik tak biru ke, hijau ke. Kalau tak mesti aku sendiri pun tak rasa aku ni manusia.” Nouh menenangkan dirinya yang masih tidak percaya. Seusia lima tahun, Nouh terpaksa memakai kanta sentuh berwarna hitam. Tapi memang patut pun.

Fikir logik jugalah. Kalau tiba-tiba dia pergi ke kelas tanpa kanta sentuh, memang terkejut orang utanlah rakan-rakan sekelas. “Ni tanpa kanta sentuh pun Nouh menarik perhatian ramai, tambah lagi kalau matanya yang berlainan sangat tu dizahirkan.” Teringat nasihat Puan Nisa ketika Nouh berumur 6 tahun, memprotes kerana sudah penat memakai kanta sentuh ke sekolah. Mau nanti aku jadi bahan ujikaji pulak. Entah-entah Royal London Circus pun nak aku jadi bahan persembahan ramai.

“Nouh? Siap tak lagi tu? Buat apa lama sangat dekat bilik air tu? Buang air besar ke?” laungan Encik Faruq dari tingkat bawah kedengaran. Memotong lamunan Nouh.

“Tak senonoh betul ayah ni. Nasib baik tak ada orang lain dalam rumah ni,” rungut Nouh sendirian. Usai memakai kanta sentuhnya, Nouh mengambil stoking dan begnya dan terus berlari anak menuruni tangga.

“Eh? Tak sarapan dulu ke?” Tegur Puan Nisa apabila Nampak Nouh terus ke pintu utama.

“Haha. Betul jugakkan?” Nouh bangun kembali dan mengambil roti bakar yang disapu mentega kacang kegemarannya. Roti dikunyah dengan pantas. Selesai dua keping roti ditelannya, Nouh meminum teh susu yang sudah siap dituang Puan Nisa. “Ayah dah makan?” macam biasa, soalan yang biasa dituturkan pada waktu seperti ini.

“Sudah. Lama lagi. Siap sempat baca surat khabar lagi tunggu kamu.”

“Alah, baru pukul 6.15. Rilekslah.” Sengih Nouh.

“Yalah tu 6.15. Jalan tak sesak ke nanti?” Encik Faruq menyampuk dari luar.

“Hish ayah ni. Dengar saja orang kutuk dia.” Nouh menjawab sambil ketawa.

“Ha. Menjawab, menjawab. Cepat!” Masih dengan senyuman, Encik Faruq menggesa Nouh.

“Abang ni, sekejaplah. Budak ni baru nak ‘isi balik perut dia yang baru kosong tu’.” Puan Nisa menyebelahi Nouh, tetapi dengan makna lain.

“Eh? Macam ada makna lain jer mak ni. Macam tu pulak.” Nouh bingkas bangun.

“Haha. Dah, dah. Kalau tak cukup lagi, bawak masuk kereta jer roti tu. Air mineral dah ada dalam kereta. Jom.” Encik Faruq masih menunggu di pintu utama.

“Tak apalah. Dah cukup ni.” Nouh bangun dan bersalam, cium tangan ibu angkatnya itu. Pipi ibunya dicium di kiri dan kanan. Selesai memakai kasut, Nouh masuk ke dalam Nissan Fairlady 350Z berwarna kuning milik Encik Faruq. Encik Faruq sudah ada dalam kereta. Haruman Lavender menyelesakan hidung.

“Sudah?” tuturkata Encik Faruq.

“Oke.” Jawab Nouh, sambil memasukkan CD ke dalam player. Lagu Jenny oleh The Click Five bermain kuat.

“Baik.” Kereta di undur. Mereka meneruskan perjalanan ke sekolah Nouh.

“Macam mana hari ni? Debaran semakin terasa?” Encik Faruq memulakan perbualan.

“Haha. Debaran semakin terasa? Ayat Ferum Oksida betul. Debaran apa?” sambil ketawa, walaupun menjawab pertanyaan Encik Faruq, pandangan Nouh masih belum dikalihkan dari melihat pemandangan luar.

“Yalah. Karat la sangat. Haha. Kan kamu nak berjumpa dengan kembar kamu. Tak seram sejuk ke?”

“Seram sejuk pulak dah. Ayat tak boleh tahan betullah ayah ni. Nervous tu adalah. Tapi taklah takut sangat macam nak PMR ni.”

“Eh? Sejak bila kamu takut nak PMR ni? Selama ni rileks saja? Markah tak pernah kurang 95 peratus kan setiap subjek?”

“Haha. Yalah tu. Banyaklah tak pernah kurang 95 peratus. Hari tu pernah dapat 92 peratus kan? Subjek susah tu.”

“Alah, bahasa melayu bukannya susah sangat pun. Bahasa Arab dengan bahasa Inggeris boleh pulak kamu dapat 100 peratus?”

“Uih. Susah sangat kot. Pelik betul. Macam manalah A. Samad Said boleh pandai bab-bab sastera ni.”

“Ha, tu orang tua-tua cakap, asal ada minat, apa pun boleh dapat.”

“Hehe. Macam pernah dengar jer ayat tu.”

“Ha. Pandailah kamu ubah topik ya? So, macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Ya Allah. Budak ni. Teruk betul ingatan. Tapi dapat juara tahfiz peringkat kebangsaan.”

“Oh, pasal tu. Hm. Nour tu oke. Cuma, kami tak berapa rapat sangat. Pandangan tak pernah tak berbeza. Kalau jumpa, ada mesyuarat ke apa, tak pernah tak bergaduh dengan dia.”

“Hm. Biasalah tu. Adik beradik memang takkan sentiasa sependapat.”

“Haha. Betullah sangat tu kot. Lagipun, Nouh mana minat sangat gadis-gadis ni. Buang karan jer.”

“Eh? Kamu tak minat perempuan ke? Takkan gay kot? Hai, takkan ayah selama ni mendidik seorang gay?”

“Hah. Ayah ni. Dah mulalah tu merapu dia. Apa pulak gay. Biasalah. Muda lagi kot Nouh ni. Tak sampai lagi masa untuk berpacaran berkasihan bagai.”

“Hm. Logik. Oke, dah sampai. Kamu tunggu sekejap. Jangan keluar lagi.”

“Hah? Ayah nak pergi mana ni?”

“Sekejap. Nak cari pakcik Haiqal kamu. Adik ayah.”

“Oh. Oke-oke. Sila.”

Encik Faruq keluar dari kereta. Nouh melihat ke sebelah kiri. Sudah ramai pelajar yang datang. 6.40 pagi. “Memang betullah ayah ni. 6.15 lewat? Jalan sesak? Naik Fairlady boleh lambat ke? Memang betullah tu lewat.” Monolog Nouh dalam hati. CD player masih memainkan CD. Lagu Happy Birthday. Dinyanyikan The Click Five. Memang sesuai untuk dirinya yang baru menyambut ulangtahun kelahirannya kelmarin dulu.

Cermin kereta diketuk. Encik Faruq menyuruh Nouh keluar dari kereta. Nouh mengambil begnya di belakang, dan keluar. Nouh melihat Encik Faruq di sebalik bumbung kuning itu. Nour di belakangnya, bersama seorang lelaki berumur lingkungan 30-an.

“Kenalkan, ini adik ayah. Pakcik Haiqal.” Encik Faruq mengenalkan Encik Haiqal padanya.

“Assalamualaikum, pakcik.” Nouh memberi salam lantas bersalaman dan mencium tangan pakciknya.

“Sopan, macam biasa.” Nouh mendengar suara yang tak asing itu. Nour.

“Sarcastic as usual.” Nouh membalas. Senyum sinis dengan kening double jerk.

“Haha. Kamu dah kenal ya? Senanglah macam tu.” Encik Haiqal bersuara. “Oke, Nouh. Ini, Nour Fariqatuzzahra.”

“Dan ini, Muhammad Hazrieq Nouh.” Encik Faruq mengenalkan Nouh pada Nour pula.

“Oke.” Serentak Nouh dan Nour menjawab.

“Baiklah. Kamu berkawan dengan baik ya selepas ni. Kenal baik-baik.” Encik Faruq menasihatkan mereka berdua.

“Okay, Go on to school. We adults have jobs to do.” Encik Faruq bercakap, untuk meninggalkan mereka di sekolah.

“Oke.” Sekali lagi, serentak Nouh dan Nour menjawab. Mata bertentangan. “Aku nak cakap, dia pun nak cakap.” Nouh hanya monolog dalam hati.

“Nour, kamu jalan dengan Nouh ya.” Encik Haiqal berkata pada Nour. Nour hanya membalasnya dengan anggukan.

Encik Haiqal berlalu pergi ke arah BMW 5seriesnya. Nouh bersalaman dengan Encik Faruq. Encik Faruq masuk ke dalam kereta, start engine, dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

Nouh melihat Nour. Nour melihat Nouh. “Ladies first.”

Mereka berjalan masuk ke sekolah.

9 comments:

athirah razak said...

not bad! not bad at all...^_^

The Writers said...

nice. :) warna mata cantik.
-N.

M. Faiz Syahmi said...

AthirahRazak
Thank you. ^^
read more after this. XD

N
Wow, dah boleh bayang yerK?
Their eyes absolutely gorgeus. XD

ainaa.leogirl said...

besh!!!!!!!!!!
but cam istimewa sgt si nouh 2...........
dlm bf cam2 kan besh......^^
tp wujud ke kat dunia nieyh???

^_~
(gatai)

M. Faiz Syahmi said...

He is.... gifted.

Ainaa, orang macam ni wujud.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.

All miracle things can really happen right?

The Writers said...

the part where eye colours keep changing is so cool, i wish my eye colour changes every day.
and..this very long post is interesting to read, but i was hoping maybe you could put in more events in one chapter.
that's the way novels should be, right?

- Q

M. Faiz Syahmi said...

Q
Thanks for the advice. XP
Will do after this.

pEacEmaKer said...

nissan fairlady my dream...
:)
mcm fun nie..

M. Faiz Syahmi said...

peacemaker;
fuhhhhh~ memang my dream car dari kecik lagi tuhhh. =.=