29.11.09

Bloodties VII.

Chapter 7

“Jadi? Apa cerita ni?” Aman bertanya kepada Nouh selepas mereka beredar dari kafe.

“Kejap. Aku nak text Vivian ni. Hilang pulak dia.” Nouh menyeluk poketnya. Mencari telefon bimbit. Aman menyilang tangannya di dada. Mereka berdua berjalan ke belakang blok tempat kejadian. Tempat mereka berbincang jika ada hal mustahak berlaku di sekolah.

“Oke. Jom. Vivian dah ada kat sana.” Nouh bergerak laju, diikuti Aman.

******


“Camna Nour? Cerita apa yang kau nak cakapkan tu?” Q-bee tidak sabar menunggu. Sushi pula sedang enak menikmati bebola ketam yang dibeli tadi di tangga gazebo. Nour melihat ke siling gazebo. Memikirkan ayat yang sesuai dituturkan kepada rakan baiknya itu.

“Aku ada kembar.” Nour masih melihat siling.

“Huh? Q-bee terkejut.

“Pardon?” Satu bebola ketam Sushi jatuh.

“I have a twin.” Nour melihat mereka berdua. “And he is a boy twin.” Nour menyambung.

“Wow.” Q-bee dan Sushi serentak menjawab.

“This is wicked.” Sushi menambah.

“Definitely a wicked one.” Q-bee bersetuju.

“Aku pun susah nak percaya ni. Tapi semalam papa dah cakap. Dan baru tadi kami berjumpa.”

“Wait.” Q-bee mencelah.

“Dia belajar kat sekolah ni jugak ke?” Sushi menyambung.

“A’ah. Tapi dia tak macam kita.” Nour terpaksa bersetuju dengan tekaan rakannya itu.

“Kenapa? Is he retarded?” Q-bee seakan tidak percaya dengan jawapannya itu, tetapi mulut telah pun menuturkan bicara.

“Woih. Apalah kau ni. Mana ada student cacat kat sekolah kita ni.” Sushi menyigung perut Q-bee yang bercakap tidak bertapis kali ni.

“Not retard. Terlebih pandai. Korang pun kenal sebenarnya.” Nour masih selamba walaupun Q-bee dan Sushi bergelak ketawa di depannya.

“Siapa?” Q-bee bertanya. Sushi melihat Nour. Plastik yang penuh dengan bebola ketam dibiarkan di tangan.

“Hazrieq.” Nour menyebut nama Nouh yang lain. Saja mahu menguji mereka.

“Hazrieq?” Sushi menjawab.

“Ada betul ke student batch kita yang nama Hazrieq ni?” Q-bee jawab sambil menggaru kepala. Kali ni memang gatal betul. Nour tersenyum melihat mereka yang kebingungan sebentar. Comel.

“Yang pasti bukan kelas kita.” Sushi menyatakan fakta seterusnya. Disetujui Q-bee dengan anggukan. Nour juga mengangguk, tetapi masih tersenyum.

“Siapa ni..” Q-bee menggaru kepala lagi.

******


“Nouh.” Vivian melambai tangan kepada Nouh sebaik saja melihatnya dan Aman berjalan ke arahnya. Vivian duduk di kerusi panjang menghadap sangkar burung yang besar di depannya. Nouh mengangkat tangan kembali. Dilihat sekeliling. Ada pelajar lain yang lalu-lalang, tetapi tidak ramai. Memang sesuai tempat ini dijadikan tempat perjumpaan sementara mereka. Vivian yang pilih. Dia tahu tempat ini pun hanya disebabkan dia selalu melihat burung-burung di situ. Vivian seorang pelajar tingkatan dua. Memang tiada apa yang hendak dihairankan kalau masih tidak terlalu asyik belajar. Setahun lagi baru Penilaian Menengah Rendah. Sebab itu Nouh banyak memberikan seberapa banyak tunjuk ajar pada Vivian. “You’re my apprentice.” Jawab Nouh ketika Vivian bertanya kenapa Nouh begitu baik kepadanya.

“So? Ada jumpa apa-apa tak?” Aman bertanya dulu sebaik saja melabuh punggung di kerusi berhadapan Vivian. Aman dan Nouh melihat Vivian membelek Sony Ericsson W980i warna putih miliknya.

“Setakat ni.. Yang ni saja yang pelik.” Vivian memberikan telefon tangan kepada Aman. Telefon berwarna putih itu bertukar tangan. Gambar huruf A pada logo Anarchy itu, terdapat tanda merah.

“Kau rasa tu kesan apa?” Nouh bertanya pada Aman.

“Hmm.. Kalau nak tepat lagi, aku kena pergi tempat kejadian. Tapi kalau aku tengok dari sini, macam kesan cat merah. Kau tengok sini.” Aman menunjukkan gambar itu pada Nouh. Vivian menjenguk dari hadapan.

“Nampak tak tu? Ada kesan jari.” Aman masih menuturkan bicara. Gambar di-zoom-kan ke piksel yang lebih besar.

“Okay. It is a finger print. Tapi kita bukannya polis pun boleh periksa satu-satu jari student kita ni.” Vivian pula bersuara. Telefon diberi padanya. Dimasukkan dalam poket di dada.

“Betul. Sebab tu kita kena jumpa lagi petang ni.” Nouh memberikan cadangan. Aman mengangguk.

“Mana?” Vivian bertanya.

“Tempat biasa.” Aman menjawab.

8 comments:

pEacEmaKer said...

awk trtukar nour ngan nouh mase nouh jmpe vivian kt port diorg.

M. Faiz Syahmi said...

peacemaker;
wah. dah ramai yang baca., awak sorang je yang perasan satu kesilapan tu. >.< thanx ya.!
awak memang gifted.!

pEacEmaKer said...

haha..sy mmg gifted...? xdela...org laen pn maybe prsn cume x gtau je..n maybe sbb sy virgo ..virgo suke btlkn lau ade slh..

n ..nape sy gune 'sy' instead of 'ak' ? haha

M. Faiz Syahmi said...

peacemaker;
yeke.? taktau lak 'saya.'
hahah.! habes laa. cerewet rupanya virgoan ni.. :P

pEacEmaKer said...

haha..awk sile google le kalau berminat..

xpelah 'sy' 'awk' pn..konon la mcm author n fan...huhu

M. Faiz Syahmi said...

peacemaker
hahahaha. virgo.? bulan 8 kan.? hmm. takpa la tak perlu la kot. fazilah kamsah dah buat kajian banyak dah. :P

heheheh. author n fan.? gilooo~ tinggi sangat darjat awak bagi tu.! >.<

pEacEmaKer said...

erm okep..yup august...

la btl la..awk author sbb awk yg karang..n sy fan sbb sy minat nk bace..

logik kn..

M. Faiz Syahmi said...

peacemaker;
keh3. oke oke. logik. :P