29.11.09

Bloodties VIII.

Chapter 8

“Stupid! How can you leave it behind? Aku dah cakap, benda tu kena jaga betul-betul! Itu tanda keahlian kita!” Kay memarahi Piey. Piey hanya menunduk. Mengaku bersalah. Mereka berdua diperhatikan lagi tiga orang anggota Anarchist Gang, iaitu Jay atau J, Elle atau L dan Arw atau R. Mereka mendapat kod nama mereka sendiri, mengikut 27 abjad alfabet, kerana kumpulan mereka hanya mempunyai 27 orang.

“Adoi. Bongoklah kau ni!” Kay menolak bahu Piey. Piey masih lagi menunduk.

“Woi Kay. Slow sikit. Karang orang dengar, susah.” Jay menegur rakannya. Mereka berkumpul di stor sekolah kali ini. Sudah jadi kebiasaan, kalau ada perkara mengejutkan berlaku, mereka akan berkumpul di sekolah. Tetapi bukan tempat yang biasa setiap kali berjumpa. Mesti tempat yang berlainan. Kay hanya mengangguk tanpa melihat Jay.

“Bodohlah kau ni! Sekarang ni macam mana? Jumpa balik tak gelang tu? Aku dah cakap, jangan bawa masuk sekolah! Degil! Kau nak tunjuk dekat siapa kalau bawa masuk sekolah?” Kay masih memarahi Piey. Gadis itu tidak mampu menjawab. Melihat mata Kay pun dia tidak berani.

Kay memegang tangan Piey. “Kan dah brief hari tu, tangan ni, kena ada gelang bila jumpa dengan orang kita, lebih dari tiga orang? Ni kau tak ada ni? Nyaris kami ingat orang luar tadi. Nasib baik Arw kenal muka kau.” Lelaki itu masih garang dengan Piey. Tiada belas pada mereka yang membuat kesalahan. Tangan gadis itu dilepas kasar. Kay mengambil tempat duduk di depan Piey.

“Macam mana aku nak jawab dengan Dee? Aku kalau boleh tak mahu ada perempuan yang buat silap. Dah buat silap, jangan menyesal kalau takut nak tanggung malu ke apa nanti.” Kay merenung tajam mata Piey. Piey dah berpeluh.

“Terpaksalah bro. Hari tu kan Aey dah cakap. No compromy between boys and girls. Same execution if there are mistakes.” Jay bercakap dari jauh.

“This is the first time right?” Elle bersuara dari belakang, sinis. Bangun dari tempat duduknya. Berjalan kea rah Piey.

“Yeah. First time. Girls aren’t dare to made mistakes because afraid of the execution.” Arw bersetuju.

“Kau tak tahu ke hukuman yang bakal diterima bagi mereka yang buat kesalahan? Kesian. Show malam ni mesti best punyalah.” Elle memegang dagu Piey. “Badan kau pun cantik. Mesti yang lain suka.” Gadis itu tersenyum ke arah Jay, dan Kay. Tangannya turun ke bahu Piey. “Ada show sekarang pun boleh juga. Boleh buat demo dulu depan dua lelaki tampan ni.” Elle tersenyum sinis. Piey dah tunjuk gaya macam nak menangis.

“Hoi. Tolonglah. Aku bukan serakus tu oke.” Jay menyambut, ketawa. Arw juga ketawa di sebelah. Lucu dengan gaya Elle yang kononnya permaisuri kejam dalam komik.

“Elle. Don’t break the rules.” Kay senyum. Tetapi masih dengan ketegasannya. Elle senyum. Berjalan kembali ke tempatnya semula.

“Piey. Remember. Tonight. Teen’s Virgin. 10. Sharp.” Kay mengarah Piey agar mengingati waktu perjumpaan mereka yang diadakan setiap malam. Di kelab Teen’s Virgin.

******


Tidak ramai orang dalam Radix Fried Chicken pada hari itu. Vivian membawa rakannya, yang memang sudah mengenali Aman dan Nouh dari awal lagi. Reen beratur di kaunter dan Vivian mengambil tempat. Jam baru menunjukkan pukul 4.45 petang. Waktu perjumpaan 5.10 petang. Masih awal lagi. Lagipun, mesti Aman dan Nouh solat Asar dahulu. Lewat sikit pun tak apa. Vivian tak pernah kisah pun. Dia memang menghormati ketuanya itu. Tak pernah memarahinya. Walaupun terkadang silap tu dilakukan juga, tapi teguran serius saja yang diberikan. Dan dia tidak akan diberikan tugas lain pada hari itu, hanya untuk memikirkan kesalahan yang dilakukan. Nouh akan berdiam diri padanya, tidak akan memberi sebarang respons terhadap sebarang pertanyaannya.

Sebab itulah Vivian tidak pernah sakit hati dengan Nouh. Dia memang pandai mengambil hati orang lain. Kadang-kadang, mereka bertekak juga bila ada pendapat yang bertentangan. Tapi ketegangan itu hanya sebentar sahaja, lepas itu mereka akan ketawa kembali. Lantas, persahabatan itu semakin bertambah harmoni sejak Aman si sewel tu diperkenalkan padanya. Dia memang selalu bercerita mengenai mereka berdua itu pada Reen, kerana Reen sahabat baiknya sejak kecil lagi. Belajar pun sekelas. Di tingkatan Dua Uranus.

Reen datang membawa dulang. Lamunan Vivian terhenti sebentar.

“Mana dua orang lagi tu?” Reen bertanya pada Vivian sebaik saja dulang diletakkan.

“Mana lagi. Waktu macam ni takkan kau tak tahu mereka pergi mana.” Satu kentang goreng dimasukkan ke dalam mulut. Niki melihat jam. 5.05 petang.

“Oh. Masjid. Oke.” Reen meminum Cola yang ditempah tadi. Melihat ke luar. “Diorang tu tak belajar ke? Yalah, PMR kan dah dekat ni.” Reen menyambung.

“Aku pun tak tahu. Aku jumpa Nouh tu boleh kata setiap hari jugalah. Tak pernah pun tengok dia bawa buku sentiasa. Tapi dapat No. 1 jugak. Kawannya si Aman tu lagilah. Merapu saja kerjanya. Keputusan tak pernah kurang dari tempat ke-3. Nak kata nasib, takkan kot. Setiap kali peperiksaan tu jugaklah mereka bolot tiga tempat teratas.” Vivian menerangkan panjang lebar. Berfikir secara logik.

“Typical geniuses.” Reen menjawab.

“Speaking of geniuses, here they are.” Vivian senyum, melihat Nouh dan Aman masuk. Tiada peluh langsung. Reen melihat jam. 5.10. “So sharp!” Reen terkejut. Vivian hanya senyum. “That’s why I like being with him.” Hati Vivian berbicara.

3 comments:

The Writers said...

it's getting nice.
tapi tak banyak cerita pasal nour.
(; nouh pun nouh lah.
handsome and freaky geek genius.

Supported by, N.

M. Faiz Syahmi said...

Thank You for telling, N. XD

Nour will be reviewed more on next part. ten first chapter is just an introduction of Nouh's life. then, baru Nour.

thank you for support!

The Writers said...

was here.
enjoyed it.
i like that nour girl.

- Q