8.11.10

Bloodties XII.

Chapter 12

Lagu Treshold nyanyian Brian LeBarton kedengaran memecahkan sunyi. Telefon tangan berwarna merah jambu itu bergetaran di meja katilnya. Dengan mata yang sudah layu sewaktu melabuhkan mimpi, Nour melihat notifikasi yang masuk. “Balasan dari Nouh.” Seusai membaca mesej dari Nouh, Nour mengukir senyumannya. “Macam tu pun boleh? Heheh.” Nour menyelak selimutnya dan berjalan menuju ke tandas sebaik menutup lampu mejanya.

Dilihat pada cermin mukanya yang sudah merah bagai mabuk itu. Memang begitu keadaan mukanya kalau sudah penat sangat. Merah, bagaikan letak blusher. Sebaik muka dicuci, gigi digosok, lampu tandas ditutup, Nour berjalan malas ke katil. Sebaik melabuhkan punggung, Nour terdengar bunyi ketukan pintu biliknya. Pintu dibuka.


“Nour dah tidur?” tegur Encik Haiqal.

“Baru, papa. What is it?” Nour menyelak selimutnya, memandang Encik Haiqal. Encik Haiqal berjalan masuk ke arahnya lalu mencium dahinya penuh kasih sayang.

“Night, budak kecik. Sweet dream.” Ucap Encik Haiqal sambil mengorak senyuman.

“You too, papa. Kirim salam mama.” Balas Nour. Encik Haiqal hanya menoleh dengan senyuman lalu berjalan keluar dan tidak lupa menutup pintu rapat-rapat.

Nour tidur kembali dengan senyuman bahagia malam itu kerana mendapat dua salam tidur-satu daripada papanya, satu daripada Nouh.

****


“Aman, macam mana kau rasa kalau kau ada saudara kembar?” Nouh memulakan bicara yang sungguh berlainan dari hari-hari sebelumnya.

“Apa?” Aman memandang Nouh sambil mengeluarkan earphone-nya.

“Haish, tengah lepak-lepak macam ni pun kau boleh layan blues sorang kan? Apa punya kawan daa...” Nouh menoleh kembali ke arah padang.

“Suka aku la.. tengok kau pun takda topik nak sembang, aku pun layan lagu sensorang la.. Ha, kau tanya apa tadi?”

“Hmm, macam mana kau rasa kalau kau ada saudara kembar?”

“Aku? Macam biasa jela. Macam adik beradik biasa. Alah, lagipun aku dengan adik aku pun bukan beza banyak tahun sangat pun. Beza setahun gak. Kenapa?”

“A’a an.. Takla, bukan apa. There’s something important I’ve to tell you...”

****


Aey menulis sesuatu di dalam buku contengnya. Sesekali dilakar sesuatu. Ditukar pen merah, menanda sesuatu. Piey di sebelah masih tidur dengan nyenyak. Selepas kejadian malam itu, Piey makin rapat dengannya. Ke mana sahaja bersama. Makan, minum, mandi, tidur bersama. Cuma mereka tidak pernah melakukan hubungan seks. Pernah sesekali Piey bertanya mengenai hal itu, mudah sekali Aey menjawab. “Belum sampai waktunya madu dirasa. Lagipun kita takkan mungkin bersama selamanya.” “Yeah, I know that. Just asking.” Piey membalas.

Penghuni Apartment Melati kebanyakannya sudah tidur. Aey meletakkan buku contengnya di bawah katil. Sambil menyelakkan selimut, menoleh ke arah Piey yang seakan senyum ketika tidur itu, Aey berjalan ke arah meja kerjanya dan membuka facebook.com. Ada sesuatu yang perlu dicarinya. Hidup seorang diri, memang begitu keadaannya. Banyak lagi hidupnya dalam alam internet. Justeru dia berusaha mengubah dunia dengan tangannya.

****


Aman bangun pada pagi itu sambil memikirkan kembali apa yang sudah diceritakan oleh Nouh. Sambil mengeluarkan telur mentah dari peti ais, Aman bersiul-siul perlahan. Hari ini ingin menjamu diri dengan omelet. Selesai dimasak, Aman mengeluarkan kotak Fresh Orange dari peti ais. Dituang di dalam gelas, dihirup sedikit. Tak cukup susu. Diisi pula susu. Aman memang cerewet sedikit orangnya. Hidup seorang memang begitu. Bebas melakukan apa saja. Kalau hidup dengan keluarga, mungkin citarasa perlu dikongsi bersama. Tapi kalau dah hidup seorang diri dalam sebuah apartmen tingkat 18 pula, memang mudah kalau dia fikir nak buat parti buih pun dekat situ.

“Nour dan Nouh, kembar?” Terlintas ayat itu dari bibirnya. Aman berjalan menuju ke meja kerjanya di dalam bilik. Apple iMac dibuka. Facebook.com ditaip. Ada sesuatu yang perlu dipastikan.

****


Vivian menyikat rambutnya dengan siulan. Sambil terkenangkan Nouh, Vivian ketawa kecil. Sambil melihat bola matanya di cermin, dia berkata “Perasaan betul kau ni.” Tanktop berwarna peach diambil dari almari. Disarung, kemudian dia melompat berbaring di atas katilnya yang berwarna biru muda. MacBook putih dibuka. Facebook.com ditaip. Vivian membuka profail Nouh. Sambil senyum, dia melemparkan flying kiss pada Nouh. Vivian sudah mabuk cinta.

10 comments:

aLaL Labib said...

hahaha....anda sungguh berbakat,,,keep up the good work,,,,

aLaL Labib said...

hmmmm,,,,ini the other side,,,,hahaha

M. Faiz Syahmi said...

the other side of what.? >.<

asyraff mohd said...

laa , aku baru jumpa blog ni . heheh . best la , nanti aku akan baca dr mula . :)

love my family said...

thanks byk2 yea faiz...faiz mmng brbakat jd pnulis ataupun pngarang...anyway i like this chapter and i hope u can continue write the another chapter..

M. Faiz Syahmi said...

asyraff;
hahaaa.. best.? ni yg buat aku nak sambung lagi nih. :P

sue;
kui3.. nak kata faiz x bebakat jadi akitek la tu. >.< oke., will sure next chapter updated soon. :)

love my family said...

mana ada....faiz pun brbakat dalam bdang akitek dan jadi pnulis...sue suka ngan apa yg faiz tulis...

M. Faiz Syahmi said...

tengs. :)

Anonymous said...

eiii... macam tau- tau pula si Aey ni sape... rasanya Aman kot... sebab Aman dia kat apartmen... then, huruf awal namanya 'A'... haha... bru jumpa blog ni... NEway... nice gak... walaupun some part agak menyeramkan...

M. Faiz Syahmi said...

nadine april;
kalau macam tu, jahatnya aman. T.T

part mana yang menyeramkan tu? baru jumpa? cepat jugaklah awak baca ye? :)

terima kasih kerana menyokong! :-)