9.12.10

Bloodties XVI.

Chapter 16

Bilik itu gelap daripada biasa. Tiada satu cahaya pun yang dibenarkan masuk. Bagaikan mata ditutup sahaja keadaannya. Tiada satu objek pun yang kelihatan. Kedengaran bunyi mendengus. Sekujur tubuh diikat tangan dan kakinya ke dinding. Tangan dan kakinya didepakan rapat ke dinding. Saling berjauhan antara anggotanya itu. Dia baru terjaga dari pengsannya. Masih tidak ketahuan di mana dia berada. Dia ingat matanya ditutup. Namun betul pasti bukan kerana dia cuba membuka menutup matanya. Bila dibuka, kegelapan yang tiada tara bandingannya dengan apabila menutup mata. Bila menutup mata, dia masih dapat membayangkan sesuatu. Itu bezanya. Dia cuba mengingat kembali kejadian sebelum ini. Bagaimana dia boleh berada di situ.

Namun, hampa. Tiada apa yang dapat diingatinya. Hanya sakit kepala yang menjelma. Dia cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri. Tangan kanan ditarik kuat. Masih tak boleh. Kekuatan fizikalnya tidak cukup kuat kerana kelaparan. Kedengaran bunyi sesuatu dari arah barat laut. Pintu dibuka. Rupanya bunyi kunci bertemu dengan lubang kunci. Dia masih diam membisu. Tidak menjerit, tidak merayu, sepertimana seseorang dikurung. Dia tenang menanti apa saja keadaan yang dapat memberikan kelebihan kepadanya. Seseorang masuk ke dalam bilik gelap itu. Tidak nampak rupanya, kerana cahaya dibelakang berlawanan dengan arah mukanya itu. Tetapi kelihatan rambut yang panjang mengurai ke belakang badan susuk tubuh kecil itu. Gadis itu memakai pinafore paras lutut dan berkemeja putih. Uniform sekolah.

“Sihat?” Satu soalan ditanyakan kepadanya. Kedengaran suara seorang gadis. Dia menjawab dengan mulut ditutup rapat. “Did we just kidnap someone deft? Nope. I don’t think so.” Gadis itu bercakap sendirian. Dia masih lagi diam tiada bicara. Menunggu. “Apa-apa sajalah.” Gadis itu bercakap lagi. Kelihatan ramah. Tetapi, sesiapa sahaja yang mengurungnya sedemikian rupa, dia tidak akan bertindak ramah kembali. “Awak tentu lapar kan? Ni, saya bawakan roti dengan air.” Bungkusan plastik roti dibuka, roti disuakan ke mulutnya. Dia masih menutup mulut. Rapat.

“Awak.. kalau awak tak makan, macam mana awak nak ada tenaga? Nah, paling kurang, habiskan roti ni separuh. Nanti perut tu kosong, bunyi-bunyi, saya taknaklah. Rasa bersalah pulak orang yang saya sayang kelaparan macam tu.” Mulutnya disuakan lagi roti sambil perutnya diusap-usap gadis itu. Mulutnya masih lagi rapat. Pelbagai persoalan timbul dalam benaknya saat ini. Kemahiran profilingnya tidak dapat tidak menunjukkan personaliti gadis di depannya itu. Dia cuba mencari, mengingati seseorang yang menepati ciri-ciri gadis itu. Hampa, tiada. “Okelah, kalau awak taknak roti, bagaimana dengan air?” Roti diletakkan di atas lantai, botol mineral diambil. Dibuka tudungnya, disuakan ke mulutnya. “Minum.”

Mulutnya masih lagi dirapatkan. “Baiklah, kalau awak takmahu minum, saya sajalah yang minum.” Gadis itu meminum air mineral itu. Tetapi tidak ditelan. Gadis itu merapatkan mulutnya ke mulut lelaki yang diikat itu. Gadis itu cepat-cepat mengalirkan air dari mulutnya ke mulut lelaki itu. Lelaki itu tertelan juga. “Haa, kan senang macam tu? Adalah sikit air. Air lagi? Mulut botol atau mulut saya?” Gadis itu hanya tersenyum manja melihat lelaki yang diikat itu bagai terseksa bercumbuan. “Botol…” Lelaki itu menjawab dengan perlahan.

“Haa, macam tu lah. I bet this is your first kiss? How come you don’t kissings around while there are so many cute girls in your life? Heheh.” Gadis itu menyuakan botol mineral kepadanya, dia meminum sedikit. “Roti pulak?” Gadis itu bertanya lagi. Lelaki itu hanya mengangguk. Roti pula disuakan ke mulutnya. “Kan best kalau tiap-tiap hari macam ni?” Gadis itu bersuara lagi. “Kenapa tak boleh…?” Lelaki itu bersuara. “Eh? Sekarang awak mahu berbual pula? Hihihi.. Segan la saya macam ni…” Gadis itu tersipu-sipu malu. “Hmm.. kenapa ya? Sebabnya.. I don’t like someone I love suffers like this. Sabar, nanti saya lepaskan awak.”

“Dah berapa lama saya kat sini?” Lelaki itu bertanya lagi. Mulutnya disuapkan roti. Saling bergantian dengan air.

“Awak tak boleh anggarkan sendiri? Kan awak hebat dalam deduksi?”

“Taktahu.. awak beritahulah saya..”

“Hmm, kalau ikut jam saya ni, awak dah lima jam kat sini. Awak tak sarapan kan pagi tadi? Mana boleh tak sarapan macam tu terus keluar jogging.. Sakit perut, saya jugak susah..”

“How did you…?”

“Know? How did I know?”

Lelaki itu mengangguk.

“Haa, dah habis pun roti ni. Hmm.. How did I know? I think I just know. Believe me, if someone you really love in trouble, you just know. I thought I can’t find you. Nasib baik jumpa jugak.”

“How come you do this to me, Vee?”

“Nouh, bukan saya yang buat macam ni.. Orang lain..” Vee meletakkan botol mineral yang kosong ke dalam beg plastik, bersama dengan plastik roti tadi. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu ditutup, perlahan suaranya.

“Oh shit.! They are coming! Awak anggap awak tak kenal saya okay? Camtu, baru awak dan saya selamat.” Pipi Nouh dicium.

Vee lantas berundur ke belakang, menjauhkan diri dari Nouh. Bunyi lantai kayu semakin dekat. Pintu ditolak kuat. Terhempas kuat. “Dia dah makan?” Seorang lelaki tidak dikenali masuk dan bertanya kepada Vee. “Dah. Bukan senang tahu?” Vee menjawab. “Sebab I tahu bukan senanglah aku bagi tugas ni kat you.” Tangannya diletakkan ke pipi Vee. “Macam mana dengan dia? Melawan?” Tangan ditunjukkan kepada Nouh. “Tak, belum Tanya pun lagi.” Vee menjawab. Lelaki itu pantas berjalan kea rah Nouh lalu mencengkam dagu Nouh. Kuat.

“Genius.. genius.. Kenapalah kau ni penyibuk sangat?” Lelaki itu berbisik perlahan ke telinga Nouh. Nouh hanya diam. Tiada bicara. “Kalau kau tak menyibuk, kan bagus? Nasib Aey tak tahu lagi siapa orang yang menyibuk ni. Kalau dia tahu, lagi teruk kau dilakukan. Kau tahu?” Pipi Nouh diusap-usap. Ditampar-tampar perlahan. “Tak tahu.” Nouh menjawab perlahan. Juga berbisik.

“FUCK!!! MENJAWAB??!!” Perut Nouh ditumbuk sekuat hati. Nouh terbatuk-batuk terseksa.

“AKU TAK SURUH KAU JAWAB! MESTILAH KAU TAK TAHU! KAU BUKAN KENAL AEY TU SIAPA!!! BODOH!!” Satu lagi tumbukan singgah di perut Nouh. Lelaki itu menaikkan kaki, ingin menghadiahkan satu tendangan pula.

“JANGAN YUU!” Vee menarik lelaki itu, cuba menghalang. “Budak tu baru makan.” Vee berbisik ke telinganya.

“Nasib ada Vee. Kalau tak mesti kau dah termuntah kat sini.” Lelaki itu meludah ke lantai. Menghina Nouh. Dia kembali merapati Nouh. “Alalala.. Keshiannya dia.. Habeh muka encem ni.. Hahahah!” Sambil mengusap-usap perut Nouh, Yuu berbisik lagi di telinga Nouh. Nouh hanya memejam mata, tidak mampu melawan.

“Vee, jangan bongkarkan rahsia ni. Biar hanya kita saja yang tahu pasal budak ni.” Arah Yuu pada Vee. Arahan yang tidak boleh diingkari. Vee hanya mengangguk faham. Yuu berlalu meninggalkan bilik itu.

11 comments:

Anonymous said...

waww... vee dah jadi jahat.

M. Faiz Syahmi said...

nur;
wawawawawawawww.... >.<

Fa said...

nk guess what happen next blh x?

nouh tk balik rumah, nour mimpi psl nouh.then, yuu = aman someway around.

M. Faiz Syahmi said...

Fa;
tettt..! salah. :P

tengs for guessing anyway. lajunya baca. >.<

pemerintah kuku besi said...

haih.

aku tension la baca benda sikit2 nih.
faiz. tulis banyak2. 1 post, 10000 patah perkataan. jangan malas.

M. Faiz Syahmi said...

anne;
gile kau. aku ada komitmen lain lagi. mana nak menyusu anak., mana nak iron baju bini lagi. dah la bini tengah sarat mengandung. hahaha.

pemerintah kuku besi said...

oh.

bini kau yang nombor 4 tu dah mengandung skrg? bagus2. produktif. rakyat macam ni lah yang kita mahu.

M. Faiz Syahmi said...

anne;
eh2. empat lak ko. aku berdaulat. mana main empat ni. ni gundik yg ke-11 aku buntingkan.

pemerintah kuku besi said...

berdaulat(lah sangat).
haktuih.

.mady. said...

okayy.. da baca haritu.. hahahaa

- mady bummm -

hahahaha

M. Faiz Syahmi said...

mady bum;
pandai pon komen. :)